• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ibu Dan Bayi Hampir Digilis Kereta!

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUS semangat… rakaman video memaparkan detik cemas seorang wanita dan bayinya yang hampir digilis sebuah kenderaan menjadi tular menerusi laman media sosial baru-baru ini.

Insiden yang berlaku pada jam 5.42 petang Selasa di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia dikongsikan menerusi akaun Facebooknya.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal bersama bayinya sedang berada di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba digesel sebuah kereta Proton Wira dari arah sama.

Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh sehingga terseret, malah topi keledar yang dipakai turut tercabut.

Mujur saksi sempat mengelak daripada melanggar mangsa dan dia kemudian berhenti di tempat kejadian.

Pemandu Proton Wira itu pula pada mulanya dilihat berhenti di bahu jalan, namun sumber mendakwa pemandu kereta bernombor plat WKF 5472 itu kemudiannya menghilangkan diri tidak lama selepas itu.

Kedua-dua mangsa kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital berhampiran dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu netizen di media sosial mengingatkan agar para penunggang motosikal sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengikat kemas topi keledar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Pemandu kereta juga usah memandu terlalu rapat dengan motosikal kerana sebarang pergeselan yang berlaku boleh menyebabkan penunggang terbabas dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: giliskemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd