• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Terlalu Teruja Berpolitik Hingga Cemar Masjid

oleh AK-47
03/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar isu-isu politik tidak dibawa ke dalam masjid dan surau sehingga memecahbelahkan perpaduan rakyat terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin hampir.

Baginda bertitah PRU hanya lima tahun sekali tetapi keterujaan ahli-ahli politik untuk meraih sokongan rakyat sehingga mereka lupa perkara pokok selain mencemar institusi masjid.

“Saya juga menyeru rakyat supaya jangan terpengaruh atau dikuasai semangat berpolitik dan mengetepikan hubungan dalam beragama,” titah Tuanku Syed Sirajuddin sewaktu merasmikan tilawah al-Quran 1439H peringkat negeri di Dewan Warisan di sini, malam ini.

Baginda turut menyeru rakyat menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian kerana ia dapat membentuk sahsiah diri dan keluarga yang sihat di samping untuk mencari keberkatan dalam hidup.

“Membaca al-Quran bukan sahaja ibadah malah menjadi penawar dan panduan tatacara hidup mengikut lunas-lunas Islam termasuk akidah dan bermasyarakat,” titah baginda.

​​​​​​​​​​​​​​Tuanku Syed Sirajuddin turut menarik perhatian mengenai perkembangan media sosial yang menyebabkan maklumat yang belum tentu kebenarannya tersebar dengan pantas dan meluas.

Baginda bertitah penularan berita palsu melalui pelbagai platform media sosial menjadi penyakit buruk yang mengundang pelbagai implikasi terhadap rakyat dan negara.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut hadir. – BERNAMA

Tags: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Perlis Berangkat Ke Perhimpunan Sokong Palestin

15/12/2017
0

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat ke program 'Raja Memimpin Umat-Isu Palestin' di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd