• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Berangkat Ke Perhimpunan Sokong Palestin

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat ke program ‘Raja Memimpin Umat-Isu Palestin’ di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, hari ini.

Turut berangkat pada perhimpunan itu, yang menyokong Palestin dan membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man juga menghadiri majlis itu.

Ketika bertitah pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin menyeru agar semua rakyat bersatu hati dan menetapkan janji setia untuk terus berusaha menyokong dan mempertahankan Palestin.

“Isu Palestin adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan menjadi kewajipan untuk kita pertahankan. Isu ini bukan isu yang datang sekali-sekala dan pergi,” titah baginda.

Baginda bertitah pengiktirafan Trump itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, malah secara terang-terangan melanggar resolusi dan keputusan Pertubuhan Bangsa Bersatu. – BERNAMA

Tags: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Terlalu Teruja Berpolitik Hingga Cemar Masjid

03/03/2018
0

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar isu-isu politik tidak dibawa ke dalam masjid dan surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd