• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubati Kerinduan, Radja Bakal ‘Serang’ Malaysia!

oleh
30/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR 20 tahun mengukir nama di persada muzik, kini kumpulan dari negara seberang, Radja bakal mengadakan konsertnya di Malaysia sebagai tanda menghargai peminat mereka di sini.

Konsert yang diberi nama Konsert Radja Malaikat Cinta bakal diadakan pada 5 Mei ini bertempat di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall di ibu negara.

Pada 19 Mac lalu, kumpulan kegemaran ramai sekitar tahun 2000 itu baru sahaja muncul dengan single baaharu mereka berjudul Malaikat Cinta.

Bagi peminat setia, mungkin konsert kali ini merupakan acara paling dinanti-nantikan kerana Radja bakal mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka antaranya ialah Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu, Tulus dan banyak lagi.

Sepanjang dua jam, mereka bakal menghiburkan peminat sebagai tanda menghargai peminat yang selama ini banyak menyokong mereka.

Malaysia sering menjadi lokasi pilihan kebanyakan penyanyi dari seberang untuk mereka menguatkan nama dalam bidang seni suara.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kali ini Radja memilih Malaysia sebagai lokasi tarikan mereka bagi menjayakan konsert ini dengan harapan peminat akan tetap setia menyokong mereka.

Sebelum ini, ketika tahun 2006 yang lalu, mereka juga pernah mengadakan konsert pertama di sini dan ini merupakan konsert kedua mereka.

Ketika konsert pertama, peminat sama-sama bermandi peluh dan mereka turut bernyanyi bersama sebagai tanda sokongan.

Selain itu, bagi konsert kali ini mereka turut bakal menyampaikan beberapa lagi popular nyanyian asal penyanyi dari Malaysia dalam konsert yang merupakan anjuran Belbis Sdn. Bhd. bersama dengan AV Group & Symphony Music itu.

Tiket boleh didapati bermula dengan harga RM85 sehingga RM285 di laman www.airasiaredtix.com serta di kedai muzik Rock Corner di the Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang Plaza dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza serta Queensbay Mall.

Bagi peminat setia yang mahu beramah mesra dengan anggota kumpulan Radja sambil berbual sebelum konsert bermula, mereka boleh mendapatkan tiket dengan harga RM285.

Sebanyak 10 peratus diskaun akan diberikan kepada pembeli terawal iaitu sehingga 31 Mac ini bagi kategori tiket platinum, emas dan perak. – MYNEWHUB.CC/AH

Tags: MALAIKAT CINTANetizenRADJA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd