• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Marvel, Ilya Terima Tawaran Produksi AS Lain

oleh
21/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU yang pergi, puluhan yang sudi menanti… Pelakon tinggi lampai Raja Ilya terpaksa akui tujuan dia menolak tawaran sebuah studio penerbitan adiwira terkenal di Hollywood, Marvel Studios ialah disebabkan prinsip diri yang dipegangnya.

Baca: 6 Bulan Simpan Rahsia, Ilya Terbang Ke Hollywood

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 32, memberitahu bahawa syarat yang ditetapkan oleh studio berkenaan tidak sesuai dengan dirinya selepas menimbang segala kebaikan mahupun keburukan di masa akan datang.

“Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita. Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham.

“Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya,” ujarnya dipetik daripada BH Online.

Baru-baru ini, pelakon drama Tuan Anas Mikael itu telah terbang ke negara Uncle Sam, Amerika Syarikat untuk menjalani uji bakat bagi membinyangi filem adiwira dibawah terbitan studio berkenaan.

Selepas tiga bulan membuat persiapan rapi bagi mendapatkan watak tersebut, Raja Ilya telah menghabiskan masa selama dua minggu di sana namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepadanya atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, kekecewaan pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan Malayam iu terubat apabila dia telah menerima tawaran lain daripada sebuah syarikat produksi dari negara berkenaan.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi… Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta ‘mengunci’ mulut.

“Saya minta semua peminat mendoakan yang terbaik. Saya berjanji apabila sampai masanya, saya akan beritahu dengan lebih lanjut,” tambahnya lagi.

Kini, Raja Ilya sedang sibuk menghabiskan penggambaran beberapa drama antaranya Syurga Tak Sampurna 2 serta dua lagi filem yang bakal dibintanginya.

Malah, syarikat produksi tersebut bersetuju untuk menunggu dia untuk kembali ‘terbang’ ke sana selepas selesai menjalani penggambarannya di sini.

Tambahnya yang juga memegang watak sebagai Inspektor Shakila dalam drama bersiri polis Gerak Khas, selama dua minggu berada di Amerika Syarikat telah membuka matanya lebih-lebih lagi dalam melibatkan diri bagi sesi pemilihan tersebut.

“Saya bertuah dipertemukan dengan ramai pengarah, pelakon dan penerbit filem yang sangat komited dengan kerjaya dan mereka tidak lokek berkongsi pengalaman.

“Tidak ketinggalan, saya berpeluang pergi ke acara parti selepas Anugerah Akademi dianjurkan,” ujarnya gembira.

Selepas ini, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu juga bakal melebarkan sayapnya ke peringkat yang lebih tinggi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Marvel StudiosNetizenRaja Ilya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lama Tahan Sakit, Hidung Shahrol Selamat Dibedah

Next Post

Penyu Ditemukan Mati Tersangkut Di Pukat

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Penyu Ditemukan Mati Tersangkut Di Pukat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd