Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Puji Kor...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Kor Kesihatan...

Tan Sri S.A. Vigneswaran...

KUALA LUMPUR - Tan Sri S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu...

PKPD Selangor Mansion Rekod...

PUTRAJAYA - Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur...

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding...

SEREMBAN : Kumpulan peguam pemerhati kepada Bella, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding...

Lama Tahan Sakit, Hidung Shahrol Selamat Dibedah

PELAWAK, Shahrol Shiro dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pada hidung kira-kira pukul 1 petang pada Selasa.

Memetik beberapa sumber, difahamkan pembedahan tersebut dibuat susulan penyakit sinus atau resdung yang serius dialami oleh artis komedi itu.

Menurut isterinya iaitu Nor Farhanah Syamimi, Shahrol dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ di Johor Bahru selepas mengadu sakit kepala yang teruk sejak malam Ahad lalu.

“Dia dimasukkan ke wad pada Rabu tapi dia minta keluar pada Khamis kerana ada beberapa tugasan dan persembahan yang terpaksa dihadiri di Kelantan dan Tangkak, Johor.

“Pada Ahad lepas pula dia nak sambut ulang tahun kedua perkahwinan kami, malam tu dia sakit kepada teruk sampai terpaksa menangis untuk menahan sakitnya.

“Kemudian pada Isnin saya bawa dia ke hospital semula, doktor buat pemeriksaan dan dapati sinus dia semakin bahaya,” ujar Farhanah dipetik mStar Online.


Tambah Farhanah, kesibukan kerja dan tidak cukup rehat merupakan antara faktor penyakit tersebut menjadi semakin teruk.

“Dia kerja kuat sehingga tidak cukup rehat, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dia selesaikan. Waktu makan dan tidur pun tidak tetap.

“Ketika dia membuat orang gembira tapi dia sebenarnya menahan sakit,” ujarnya.

Untuk rekod, Sharol, 33, yang kini menjadi penyampai stesen radio Best FM di Johor; juga pernah menjalani pembedahan yang sama sekitar tahun 2015 lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori