• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Sah Lepas Jawatan Presiden FAM

oleh
26/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Selepas genap setahun, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru, Johor.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, pihak penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat rasmi peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” titah TMJ secara ringkas.

Baginda pernah dua kali menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada menerajui badan induk itu menerusi catatan dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada 3 Januari dan terbaharu, 15 Mac.

TMJ mula dilantik mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sesi Kongres ke-53 FAM di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor pada 25 Mac tahun lepas.

Pelantikan baginda turut mencetuskan kontroversi apabila calon tunggal lawannya, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa terpaksa menarik diri akibat tohmahan pihak tertentu 48 jam sebelum kongres.

Namun Ketua Penerangan UMNO itu kemudian disahkan sebagai bersih daripada sebarang dakwaan kes jenayah selepas siasatan teliti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan terhadap beliau sendiri.

Sepanjang menerajui jawatan panas itu untuk penggal 2017-2021, ranking FIFA skuad Harimau Malaya di dunia menjunam teruk daripada tangga ke-174 kepada kedudukan ke-178 pada minggu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMFIFAFMLLPTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KEMAJUAN luar biasa Johor memang tidak boleh dinafikan. Justeru, bila pilihan raya negeri (PRN) bakal menjelang, banyak la...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd