• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Sahabat Didakwa Edar Methamphetamine

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA — Tiga sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 52,000 gram di Taman Seri Mangga di sini, tahun lepas.

Affyzal Mohd, 32, Mohd Syafie Zainal, 35, dan Nazrin Wazed, 31, didakwa mengedar 52,819 gram dadah itu di sebuah rumah di Taman Seri Mangga di sini pada 2.30 pagi, 17 Feb 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Udang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Sivashangari manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd