• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidur Semakin Kurang Tanda PRU Semakin Dekat

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memperuntukkan waktu rehat hanya beberapa jam sahaja berikutan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) semakin dekat, berbanding hari-hari kebiasaan.

“Tidur kurang, (tapi) kerja lebih, cakap pun lebih dan mudah-mudahan undi pun lebih. Kerja-kerja ke arah PRU-14 harus dilipatgandakan sebaik mungkin sehingga ke saat akhir,” katanya.

Jawapan itu diberikan sambil berseloroh ketika ditanya moderator Fizo Omar pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat – Penjawat Awam di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Tanjung Rambutan kira-kira 12 kilometer dari Ipoh.

Beberapa soalan dikemukakan pada sesi soal jawab menerusi aplikasi Slido.com yang menyentuh mengenai pelbagai isu antaranya dasar kerajaan, kisah kehidupan harian perdana menteri dan cabaran menjadi pemimpin negara.

Sewaktu sesi soal jawab berlangsung kira-kira 10 minit itu, Najib turut meminta penjawat awam yang menetap di kuarters kerajaan supaya rebut peluang dengan menambah aset membeli rumah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Sebab kuarters bukan kita punya, itu ‘gomen’ (kerajaan) yang punya. Jadi saya hendak penjawat awam nanti ada aset sebelum mereka bersara kelak,” katanya.

Ditanya mengenai apa yang terlintas di fikiran perdana menteri ketika datang ke Ipoh, beliau menjelaskan negeri ini terkenal makanan dan ketika ini Nasi Vangey terlintas dalam fikirannya.

Najib turut menarik perhatian hadirin dengan berkongsi kenangan paling diingati dalam konteks di negeri ini, satu daripadanya merupakan penubuhan kerajaan Perak.

“Sebenarnya banyak momen segar dalam ingatan saya sampai hari ini. Bagi konteks Perak, adalah bagaimana hendak tubuhkan kerajaan Perak. Itu banyak peristiwa penting yang boleh diceritakan nanti apabila sampai masanya,” katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang apabila empat Anggota Dewan Undangan Negeri keluar daripada pakatan pada 2009 sebelum digantikan Barisan Nasional yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sehingga kini.

Sebelum mengakhiri sesi soal jawab tersebut, Najib turut sekali lagi memberi indikasi kepada hadirin bahawa ‘hari raya’ yang dimaksudkan PRU14 itu akan diadakan tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPRU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemergian ADUN Apas Dirasai Ketua Menteri Sabah

Next Post

Rosmah Tinjau Perkembangan Pelajar Autisme

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Rosmah Tinjau Perkembangan Pelajar Autisme

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd