• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba Masa Pengundi Dun Bukit Tunggal Pilih BN

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Sudah tiba masanya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ini kerana walaupun kawasan itu ditakluk PAS sejak dua PRU yang lepas, BN tetap memainkan peranan membantu dan menjaga kebajikan rakyat tanpa ‘membalas dendam’ dengan pilihan penduduk di DUN itu sebelum ini.

Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Tunggal Tuan Arif Shahibu Fadzilah Tuan Ahmad berkata rakyat kini mampu melihat bagaimana kegigihan BN membantu masyarakat di kawasan itu sejak dua penggal lalu berikutan PAS dilihat lepas tangan dan tidak memberi sebarang perkhidmatan kepada masyarakat seperti yang diharapkan.

“Insya-Allah, dengan kerja kuat dan sokongan padu anggota UMNO dan jentera parti, kita yakin dapat menebus kembali Bukit Tunggal daripada tangan pembangkang pada PRU yang dijangka tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Katanya, sejak empat tahun lepas, pelbagai program untuk rakyat telah dijalankan di kawasan itu seperti membaik pulih rumah dan menyediakan kemudahan asas terutama membina dan membaiki jalan serta membuat longkang baharu.

Beliau berkata, selain itu bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan turut disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan bagi membantu kehidupan harian.

“Yang paling teruja ketika melihat kehadiran orang ramai pada program Cakna Kesihatan awal bulan ini yang menyediakan 16 doktor untuk memberi khidmat kesihatan kepada penduduk kampung Bukit Tunggal dan kawasan sekitar yang mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Bayangkan kalau Bukit Tunggal di bawah naungan BN, sudah pasti lebih banyak bantuan untuk rakyat dapat disalurkan dan pelbagai projek pembangunan di kawasan itu dapat dijalankan dengan lebih pesat dan konsisten, ” katanya.

Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus Mohamad Yusof berkata tidak ada pihak yang dapat menyangkal tentang usaha UMNO ketika ini dan realiti PAS yang tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat.

“Wakil rakyatnya tidak pernah turun padang menjenguk rakyat. Mereka hadir cuma semasa ada kematian, itupun pilih-pilih orang…kalau orang dia, mereka hadirlah, rugi jika penduduk Bukit Tunggal mahu duduk di takut lama kerana parti pilihan mereka tidak memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Calon PAS Dr Alias Razak mempertahankan kerusi DUN Bukit Tunggal apabila menewaskan calon BN Ismail Nik pada PRU13 (2013) dan Tuan Arif Shahibu Fadzilah pada PRU12 (2008). – BERNAMA

Tags: BN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penantian 20 Tahun Untuk Geran Tanah Berakhir

Next Post

Tak Sebut Nama Izreen, Rita Bagi Nasihat Pada Intan

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Tak Sebut Nama Izreen, Rita Bagi Nasihat Pada Intan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd