• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah, Hael Tidak Kisah Buat Lagu Untuk Azhar

oleh
01/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU berhantu nyanyianya benar-benar membawa tuah kepada Hael Husaini walaupun sebelum ini dia sudah menceburi bidang seni ketika menganggotai kumpulan Azhael.

Baca: Jadual Padat, Hael Terpaksa Tolak Permintaan

Namun sejak Februari tahun lalu, tuah sentiasa ‘mengikut’ penyanyi lagu Jampi ini apabila dia dinobatkan menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) baru-baru ini.

Sebagai bekas anggota kumpulan duo Azhael, Hael tidak kisah jika dia diminta untuk menghasilkan lagu buat bekas rakan duonya itu iaitu Azhar kerana baginya mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya pernah minta Azhar memaklumkan saya sekiranya memerlukan bantuan tetapi mungkin dia belum tidak bersedia.

“Buat masa ini, biarlah dia mencari material yang dimahukan,” katanya lagi.

Disebabkan kekangan masa dan terikat dengan beberapa tawaran bagi menghasilkan lagu buat rakan artis yang lain, ada juga permintaan yang terpaksa ditolak.

Sebab utama dia perlu menolak beberapa tawaran yaang datang ialah disebabkan kerana tidak mahu penyanyi berkenaan menunggu terlalu lama serta baginya biarlah sesuatu lagu itu mempunyai kualiti yang bagus.

Lagu Jampi kini masih lagi ‘menjampi’ sesetengah rakyat Malaysia dan itu membuatkaan dia perlu menangguh lagi untuk beberapa ketika bagi mengeluarkan single baharu.

“Saya tidak mahu mengeluarkan lagu dalam keadaan melulu kerana Jampi masih mengungguli carta buat masa ini. Sebagai anak seni, saya juga ada pengalaman gagal.

“Banyak lagu saya sebelum ini yang tidak diterima sebagaimana Jampi. Bagaimanapun, saya masih berkarya kerana percaya setiap lagu membawa rezeki yang berbeza,” tambahnya.

Jika single pertamanya berjudul Jampi, maka menurut penyanyi yang mempunyai seorang anak angkat itu, single keduanya diberi judul Haram dan kemungkinan besar ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ianya akan menampilkan beberapa kelainan berbanding single pertamanya itu.

Bagaimanapun, Hael turut memberitah bahawa dia akan tetap akan berkolaborasi bersama dengan Ezra dan tidak akan beralih dengan komposer lain kerana mereka berdua sudah mengetahui kehendak masing-masing.

Sekitar minggu lalu, telah berlangsungnya majlis Jampi Appreciation Night yang diadakan di Ruang, Shah Alam, Selangor.

Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis yang rapat iaitu Nabila Razali, Wany Hasrita, Ara Johari, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Ia turut diadakan bersempena dengan kemenangan Hael menerusi lagu Jampi bagi AJL32 yang lalu. – MYNEWHSUB.CC/AH

Tags: AJL32Hael HusainiJampiJampi Appreciation NightNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd