CHERAS- Masalah air yang melanda penduduk di sekitar Cheras telah menyebabkan ratusan penduduk di kawasan itu meluahkan rasa kecewa terhadap Kerajaan PKR Selangor.
Faktor cuaca panas membimbangkan penduduk jika berlaku musim kemarau dan sukar bagi mereka mencari sumber bekalan air bersih.

Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor, Sahalmi Saib berkata, penduduk tidak berpuas hati dengan gangguan bekalan air kerana bekalan air yang sering terputus air yang tercemar yang berlaku di kawasan itu.
“Masalah air di kawasan ini sudah lama berlaku tetapi dalam tiga ke empat tahun ini jadi semakin teruk, dengan gangguan airnya, air yang kotor dan tekanan air rendah, penduduk berasa susah hati,” kata Sahalmi kepada media tempatan.
“Ini tanggungjawab setiap kerajaan negeri tetapi kenapa perkara ini berlarutan sampai sekarang, penstrukturan semula air pun lambat, lupakanlah hal politik buat sementara waktu dan ambil berat terhadap rakyat,” tegasnya.
Sementara itu, kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) sedang dijalankan di kawasan Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor sehingga 6 Mac ini.
Ketiadaan air terutama di kawasan perumahan boleh menjejaskan pelbagai aktiviti harian dan perlu ditangani segara kerana air merupakan keperluan yang amat penting untuk semua individu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
*Video sekadar hiasan…

