• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus ‘Jaga’ Keluarga Walaupun Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Muhammad Haiqal Roslan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bukit Katil dekat sini pada 12 Mac lepas terus ‘menjaga’ keluarganya menerusi faedah Pencen Penakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ibu mangsa, Suriana Sulaiman, 52, berkata dia dan suaminya Roslan Sabtu, 56, amat bersyukur dengan faedah yang diterima berjumlah RM897.86 setiap bulan seumur hidup mereka, memandangkan kini keluarga mereka terpaksa bergantung kepada pedapatan suaminya yang bekerja sendiri.

Beliau berkata mereka sekeluarga tidak menyangka mendapat faedah tersebut daripada Perkeso kerana anak mereka Muhammad Haiqal, yang bekerja sebagai juruteknik di Batu Berendam di sini, meninggal dunia dalam kemalangan di luar waktu kerja.

“Kami sekeluarga amat bersyukur dengan rezeki tidak diduga ini yang mana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kami,” katanya yang ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Tambak Paya di sini hari ini.

Terdahulu, mereka sekeluarga menerima kunjungan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Seri Md Yunos Husin yang menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat, Perkeso bernilai RM2,000 yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka Fadhilah Hamil (RPT: Hamil).

Muhammad Haiqal, 26, meninggal dunia empat hari sebelum majlis pernikahannya, ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan Melaka United menentang PKNP FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Suriana berkata mereka sekeluarga masih terasa kehilangan anak sulong daripada tiga beradik itu apatah lagi hajatnya yang ingin berumah tangga tidak kesampaian.

“Pada hari yang sepatutnya dia bergelar raja sehari menjadi hiba apabila bertukar majlis tahlil arwah yang turut dihadiri kira-kira 1,000 tetamu. Oleh itu, kami merancang untuk melaksanakan badal haji dan aqiqah untuknya,” katanya dengan linangan air mata.

Sementara itu, Md Yunos berkata Perkeso sentiasa proaktif dalam memastikan proses pembayaran faedah kepada pencarum atau waris dibuat dengan kadar segera bagi meringankan beban mereka.

“Justeru, saya berharap agar pihak waris dapat memanfaatkan faedah dan pencen yang diterima dengan sebaiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perkesowaris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd