• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Belajar Sehingga Usia Lanjut! Bagaimana?

oleh
02/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNGKAPAN Arab ada mengatakan “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad” yang bawa maksud pembelajaran adalah modul penting dalam kehidupan sejak kecil hinggalah mati.

Namun ketika ini istilah digunakan ialah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dianggap sebagai proses bagi setiap individu dalam menambah baik kehidupan mereka dari segi keperluan dan kehendak selain sahsiah diri.

Dari kecil, pendidikan sudah pun disalurkan kepada kanak-kanak sehinggalah dewasa dengan mendapat sijil pentauliahan tertentu dari mana-mana pusat pendidikan yang diiktiraf negara.

Persoalannya, bagaimana pula dengan pendidikan untuk golongan dewasa dan warga emas?

Pegawai Eksekutif Kanan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Muhammad Hanafi Mui`idnuddin ketika mengulas dalam satu kenyataan berkata, pendidikan bukan hanya perlu diberikan kepada anak-anak.

Malah golongan warga emas turut mendapatkan hak tersebut. Ibu bapa telah memberikan keperluan dan pendidikan yang terbaik buat anak mereka, dan kini tiba pula masa untuk anak melunaskan tanggungjawab mereka.

Ini termasuk dengan memberikan penjagaan dan pendidikan yang terbaik buat ibu bapa yang sudah tua. PSH juga bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai lepasan pendidikan tinggi.

“Bahkan ia boleh dipelajari oleh kesemua individu yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mereka mendalami ilmu pengetahuan,” katanya lagi.

Kini, terdapat pelbagai cara untuk warga emas mendapatkan PSH seperti di surau dan masjid, kelas pondok dan pusat pendidikan warga emas. Antaranya ialah Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah.

Berteraskan konsep pendidikan dalam menyantuni warga emas, ia berusaha memberikan PSH terhadap golongan ini. Pengasasnya, Hajah Asral Widad Ahmad Asnawi ada menyebut tentang penting pendidikan buat warga emas.

“Malaysia bakal menuju status negara tua menjelang 2030 dan kita perlu bersedia hadapi keadaan sebegini. Kita mengharapkan agar negara kita jadi negara tua proaktif dinamik dan patuh syariah mampu dicontohi negara lain.”

Bukan hanya terhenti pada satu fasa di kala usia masih muda akan tetapi sehingga akhir usia, maka PSH mampu diterapkan untuk menjadi keperluan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pembelajaranwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd