• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertekan Dikait Dengan Elfira, Asyraf Masuk Hospital

oleh
29/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH ingat dengan usahawan muda, Asyraf Mazlan yang pernah dikaitkan ‘bercinta’ dengan pelakon terkenal, Elfira Loy lantaran penyebaran foto ‘dating’ ketika umrah?

Susulan itu, ramai pihak mula mendakwa bahawa Asyraf adalah punca kepada isu terputusnya ikatan pertunangan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dengan pelakon wanita terbabit.

Asyraf yang terkesan dengan perkara itu dilaporkan dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital di ibu kota akibat tertekan.

Menurut usahawan berusia 30 tahun itu, beliau ditahan wad selama 3 hari kerana mengalami tekanan dan perlu rehat dengan pantauan doktor.

“Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

“Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu. Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay,” kata Asyraff dipetik mStar Online.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai spekulasi dakwaan mengatakan beliau menunaikan umrah bersama Elfira dan keluarga, Asyraff berkata hal itu tidak benar.

Katanya, mereka mengerjakan umrah dalam kumpulan yang ramai dan gambar dikongsi oleh Asyraf itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

“Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul.

“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Asyraff turut mengakui bahawa beliau sudah jarang berhubung Elfira dan terakhir bertemu ketika sambutan hari lahir pelakon berkenaan seperti dalam gambar yang tular tempoh hari.

“Kami jarang berhubung. Sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan mengenai gosip tersebut kerana ia tidak benar dan kami hanya berkawan.

“Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini,” ujarnya.

Nama Elfira menjadi bualan netizen apabila ibu pelakon wanita itu iaitu FIlzah Yusoff mengesahkan bahawa ikatan pertunangan di antara anaknya bersama Sufian telah berakhir pada 17 Februari lalu.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan jika mengikut perancangan, sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Elfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd