• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkedu Baca Artikel Mahathir Tentang Islam!

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terkedu membaca artikel terbaru oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad di blog beliau hari ini.

Itu komen Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan Mahathir mengenai Islam tersebut.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz tidak mengulas terperinci, tetapi mengeluarkan ayat ini:

“Inna liLlahi wa inna ilahi raji’un.. La haula wa la quwwata illa biLlah..,” katanya di laman Facebook hari ini.

Nik Mohamed Abduh turut menyarankan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin supaya membantu Mahathir melengkapkan artikel itu.

Sindir beliau, Hanipa yang luas ilmu agama pasti boleh menambah apa yang perlu dalam artikel Mahathir mengenai Islam itu.

“Dengan lautan luas ilmu agama miliknya itu, bolehlah bantu Tun dan tambah-tambahkan apa yang perlu,” sindirnya.

Beliau turut menyindir Parti Amanah Negara (PAN) yang kononnya mengagung-agungkan allahyarham bapanya sebagai ulama ikutan.

“Mereka juga mengagung-agungkan Mahathir yang menjadikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai musuh nombor wahidnya,” sindir beliau.

Mahathir dalam artikelnya itu mengecam pihak yang berpendapat beliau tidak layak jadi Perdana Menteri kerana pemikiran Islamnya dianggap tidak betul.

Mahathir menuduh pihak terbabit menganggap pemikiran Islamnya tidak betul hanya kerana pemikiran agamanya tidak berasaskan Almarhum Datuk Dr. Harun Din dan lebih mengutamakan akal fikiran.

Berikutan itu, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merujuk kepada kisah Nabi Yusuf dan wanita bernama Zulaikha bagi menunjukkan kepentingan akal mustahak dalam menilai cara hidup Islam.

Dakwa Mahathir, kisah Nabi Yusuf itu jelas menunjukkan keperluan empat orang saksi bagi membuktikan tuduhan zina atau qazaf keatas mana-mana individu dalam Islam sebenarnya tidak selalunya perlu.

“Dalam Surah Yusuf, terkoyaknya baju Yusuf disebelah belakang diterima dalam Quran sebagai bukti yang mengejar ialah Zulaikha dan bukan Yusuf seperti yang didakwa oleh Zulaikha.

“Apakah pengajaran bagi orang Islam dalam cerita Yusuf dengan Zulaikha. Yang jelas ialah empat orang saksi tidak selalu perlu. Hanya kerana baju Yusuf koyak dari belakang, maka ini diterima sebagai bukti bahawa yang mengejar ialah Zulaikha.

“Terpulanglah kepada orang Islam mengguna akal fikiran untuk mendapat panduan dirinya,” kata Mahathir dalam artikel berkenaan.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan firman Allah S.W.T Surah An-Nur:4:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik”

Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu berkata: “Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah..geli”

Beliau berkata demikian apabila dinasihatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya tidak bersikap bongkak dan takbur kerana ia dilarang Islam.

Hanifa tanpa menghiraukan nasihat itu seterusnya berkata: “Kalau saya Tuhan. Saya tak jadikan kamu. Dah lama saya hapuskan”

Perbuatan beliau itu ditegur wakil rakyat PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali boleh merosakkan akidah seseorang umat Islam.

Beberapa tokoh agama termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang dilihat cenderung menyebelahi Pakatan Harapan turut meminta beliau bertaubat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduh Nik AzizTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd