• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Minta Dr Mahathir Jaga Parti Sendiri

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjaga partinya sendiri dan berhenti menuduh kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak adil kepada parti itu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau yakin RoS mempunyai sebab kukuh untuk melulusan permohonan UMNO bagi menangguhkan pemilihan parti itu sehingga April 2019.

“Suruh dia jaga parti dia sendirilah. RoS mesti ada sebab (meluluskan penangguhan pemilihan UMNO)…kalau kamu tidak ikut undang-undang (susahlah). Negara ini ada undang-undang, tolong ikut undang-undang dan peraturan.

“Anda (pembangkang) mempunyai wakil dalam Parlimen yang bercakap mengenai undang-undang tetapi apabila berada di luar anda tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang,” katanya selepas meninjau kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa RoS bersikap berat sebelah dan memberi layanan berbeza kepada UMNO dan pembangkang.

Pada Isnin lepas, RoS mengesahkan kelulusan permohonan UMNO untuk perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi bagi 2017.

Menurut RoS ia adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata BN sudah menetapkan senarai akhir calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ladang Solar Terbesar TNB Kini Lebih 50% Siap

Next Post

Mario Muncul Di Google Maps Sempena Hari Mario

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

Mario Muncul Di Google Maps Sempena Hari Mario

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd