• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Disambar Buaya Masa ‘Buang Hajat’

oleh Haris
05/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALIMANTAN TIMUR – Seorang lelaki bernasib malang apabila tangan kanannya cedera parah setelah diterkam seekor buaya saat dia sedang membuang air besar di tepi Sungai Dumaring, di sini, Sabtu lalu.

Disebabkan kejadian tersebut, pemuda yang dikenali dengan nama Saharuddin itu dibawa ke Hospital Pratama, Talisayan, bagi mendapatkan rawatan.

Menurut ibu mangsa, Saruti, insiden tersebut berlaku ketika Saharuddin ingin mengambil air dari sungai tersebut untuk membersihkan diri, namun secara tiba-tiba seekor buaya menerkam ke arah anaknya itu.

Cerita Saruti, anaknya cuba melawan dan bergelut dengan buaya berkenaan sebelum berjaya melepaskan diri.

“Buaya cuba menariknya ke air. Tapi, anak saya sempat menarik tangannya dengan kuat untuk melepaskan diri,” katanya lapor Berau Post.

Sejurus berjaya melepaskan diri, mangsa sempat berjalan pulang ke rumahnya dengan darah membasahi tangannya untuk meminta pertolongan sebelum dibawa ke hospital.

“Saat itu anak saya memang seorang diri. Jadi tak ada yang melihat kejadiannya. Ketika pulang, saya terkejut dan langsung membawanya ke rumah sakit,” ujar Saruti.

Berdasarkan info yang diterima oleh keluarga mangsa dan warga setempat, buaya berkenaan merupakan haiwan pemangsa utama di Sungai Dumaring.

Perkara tersebut diakui Ketua Polis Daerah Talisayan, Inspektor Faisal Hamid yang mengatakan kawasan tersebut sememangnya merupakan kawasan habitat buaya dan harus dijauhi penduduk kawasan tersebut.

“Kami juga sudah memasang papan tanda larangan beraktiviti di sungai. Penting untuk dipatuhi.

“Yang menjadi sukar adalah, sungai menjadi sumber kepentingan masyarakat mendapatkan air. Jadi, kami akan mempertegas lagi larangan itu,” katanya.

Sementara itu, Saharuddin kini  masih dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan akibat pendarahan di tangan kanannya yang memerlukan 57 jahitan.

Jelas seorang jurucakap dari Hospital Pratama, Talisayan, Saharuddin bernasib baik dan dapat mengelak maut kerana tidak terkena gigitan dari gigi taring buaya itu.

“Pesakit mengalami pendarahan cukup parah. Tapi dia kini sudah sedarkan diri dan kondisinya beransur pulih.

“Berdasarkan keterangan doktor yang merawatnya, terdapat 4-5 kesan luka bersaiz sederhana dan diameter lukanya juga berlainan. Bahkan tulang mangsa juga terkoyak sedikit kerana digigit buaya itu. Namun ianya tidak membahayakan nyawa mangsa,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kalimantanserangan buayasungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd