Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Polis Pantau Keadaan Politik...

ALOR SETAR - Polis sedang memantau keadaan di Kedah berikutan pergolakan politik di...

2 Individu Serah Lesen...

ALOR SETAR - Dua individu telah menyerahkan lesen terbang mereka kepada Jabatan Pengangkutan...

Gempar Temui Anak Kerbau,...

BANGKOK - Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar...

Gangguan Bekalan Air Di...

BEBERAPA kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula...

Taman Tema Upin Ipin Di Xian Bakal Jadi Tarikan

TAMAN tema Upin Ipin bakal dibuka dalam enam wilayah di China selepas Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Les’ Copaque) mula menerima permintaan untuk buka taman tema terbabit di Xian.

Lapor Harian Metro, Pengarah Urusanya, Burhanuddin Md Radzi berkata, banyak pihak menunjukkan minat untuk bawa konsep Upin Ipin di beberapa wilayah negara tembok besar itu walaupun taman pertama di Xian belum siap.

“Untuk taman tema Upin & Ipin di Xian, kami bukan saja membawa karakter dalam siri Upin & Ipin, namun turut mengetengahkan watak daripada siri animasi lain di bawah penerbitan Les’ Copaque.

“Malah, kami akan memasukkan elemen budaya Cina bagi menyuntik ciri tempatan di taman tema berkenaan,” ujarnya.

Dengan nilai pembangunan kasar mencecah AS$4 bilion (RM15.7 bilion), taman tema itu mempunyai keluasan 5.7 kilometer persegi.

Tambahnya lagi, pihaknya bekerjasama dengan pasukan yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan Disneyland bagi memastikan taman tema itu mempunyai tarikan luar biasa.


Projek tersebut dijangka akan bermula pertengahan tahun ini dengan tempoh pembinaan selama tiga tahun.

Bagi mendapat tarikan bertaraf antarabangsa, pihaknya juga akan menyediakan kemudahan yang sebaiknya buat para pelancong yang hadir.

Dalam perkembangan lain, Les’ Copaque akan membina taman tema di Malaysia dengan keluasan 81 hektar dalam tempoh akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori