Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Komplot Guling PM...

PASTI ramai yang tertanya-tanya apakah terjadi pada pertemuan ketua komplot guling kerajaan dengan...

Sasar 480,000 Murid Tahu...

BALIK PULAU - Kementerian Pendidikan menyasarkan seramai 480,000 daripada 2.6 juta murid di...

Pelajar Malaysia Cedera Di...

SINGAPURA - Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang...

Pekan Akan Terus Jadi...

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus menjadikan kawasan Parlimen...

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan lama disebut kembali.

Baca: Awi Kenal Atikah Ketika Bergelar Kekasih Hanez

Begitu juga dengan pelakon Hanez Suraya, 33, yang mana dia agak terkejut apabila namanya disebut oleh Awi Rafael iaitu bekas kekasihnya ketika ditanya soal perkenalannya bersama dengan tunangnya, Atikah Suhaimie.

Bagi Hanez, perkara sedemikian akan menyebabkan salah faham di pihak suaminya kerana khuatir ia akan mendatangkan perselisihan faham dikemudian hari.

“Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa.

“Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya,” kata Hanez dipetik daripada BH Online.

Hanez dan Awi pernah menjalinkan hubungan percintaan sekitar tahun 2012 yang lalu dan putus selepas hampir dua tahun menyulam cinta.

Ketika itu, Hanez tidak banyak memberi komen tentang kehancuran hubungan cinta mereka kerana baginya apa yaang terjadi itu sudah tiada kaitan dengan dirinya lagi.

Oleh itu, Hanez telah meminta supaya Awi tidak lagi mengaitkan namanya ketika memberi sebarang kenyataan berhubung dengan kisah perkenalannya bersama dengan Atikah.


Sebagai seorang isteri, pastinya Hanez perlu menjaga hati suami dan juga keluarganya sendiri.

Dalam masa yang sama, dia turut akui bahawa suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais turut berasa agak cemburu selepas namanya masih disebut oleh Awi.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menganggap bahawa cemburu yang hadir di dalam diri suaminya itu merupakan tanda kasih sayang antara mereka berdua.

“Bukankah cemburu tandanya sayang, tetapi tidaklah dia berlebihan-lebihan. Selepas tiga tahun hidup bersama, kami juga sudah saling memahami dan menerima diri masing-masing seadanya,” katanya.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu telah memberi kenyataan bahawa dia sudah mengenali Atikah sejak dia masih menjadi kekasih Hanez lagi iaitu sekitar lapan tahun yang lalu.

Namun kini, selepas mereka mula rapat kira-kira sejak lima bulan lalu, bagaikan sudah ada keserasian di dalam diri masing-masing dan mereka telah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu.

Majlis pertunanagn mereka telah diadakan di negara kelahiran kedua-dua selebriti itu iaitu dekat Singapura. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori