Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Kembali Beraksi...

KUALA LUMPUR - Selepas 14 tahun, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan...

TH Ambil 260 Petugas...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat 260 Petugas Ambilan Musim (PAM)...

Azmil Mustapha Bawa Anak...

PETALING JAYA - Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke...

Balotelli Bebas Daripada Dakwaan...

LONDON - Penyerang Liverpool, Mario Balotelli tidak akan berdepan tindakan undang-undang mengenai laporan...

Tak Sebelah Sesiapa, Uqasha-Zizan Harap Isu Cepat Selesai

MASIH lagi belum selesai kontroversi ekoran pelancaran koleksi hijab Be Lofa by Naelofar Hijab yang berlangsung di sebuah kelab malam di ibu kota, beberapa rakan artis berharap agar ia dapat segera diselesaikan.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Juga: “Takde Tempat Lain Ke?” Netizen Pelik Lofa Pilih Zouk

Bagi Zizan Razak dan Uqasha Senrose, mereka masing-masing percaya bahawa apa yang telah terjadi sejak Isnin lalu pasti ada hikmahnya namun mereka turut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.

“Saya kenal Neelofa. Sebagai seorang yang bijak, saya tahu dia boleh mengendalikan kontroversi ini dengan baik, tanpa terpengaruh dengan sikap netizen yang hanya tahu hentam,” kata Zizan dipetik daripada BH Online.

Sebelum ini, pelakon dan pelawak kelahiran negeri Terengganu itu juga pernah dikecam teruk ketika mengendalikan Festival Filem Malaysia ke-29 kerana dianggap sebagai biadap terhadap beberapa selebriti yang lain.

Tambah Zizan, dia juga percaya bahawa Neelofa merupakan seorang wanita yang berpelajaran tinggi dan pastinya dia tahu apa yang dilakukan.

“Cuma, apabila ia mengaitkan soal agama, kita kenalah berhati-hati. Mungkin isu ini boleh membuka mata banyak pihak dan juga menjadi pengajaran untuk semua wanita, sama ada yang mengenakan hijab ataupun tidak,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon putih melepak, Uqasha Senrose, 25, pula merasakan bahawa netizen perlu memberi peluang kepada usahawan muda itu.

Uqasha sebelum ini turut pernah melalui fasa dihina dan dikritik oleh netizen berikutan isu membuka tudung selepas tiga tahun manis bertudung litup.


“Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan sebagai seorang yang pernah melalui situasi sebegitu, apa yang boleh saya katakan, Neelofa kena banyak bersabar.

“Kalau dibaca komen ditinggalkan, ia memang menyakitkan hati, jadi tak payah baca. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh diplomasi,” ujarnya.

Lagi: Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

Serta: Abby Abadi ‘Tegur’ Neelofa Tentang Isu Aurat?

Pihak Naelofar Hijab hebat dikecam oleh banyak pihak termasuk mendapat perhatian daripada golongan agamawan iaitu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan ramai lagi ekoran isu pelancaran tudung dan sambutan hari lahir di kelab malam tersebut.

Bagaimanapun, syarikat NH Prima Internatinal Sdn. Bhd. telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka menerusi kenyataan media.

Diharapkan isu ini akan dapat diselesaikan dengan cepat kerana banyak pihak yang terlibat dengan kontoversi tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori