• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Sertai Rakyat Rai Sambutan Chap Goh Mei

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat mencemar duli menyertai kira-kira 3,000 rakyat negeri ini meraikan sambutan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) di Pusat Konvensyen Danga, di sini.

Baginda yang tiba di pusat itu pada kira-kira 11.20 pagi disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWHG, Tan Sri Lim Kang Ho dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Amran A Rahman dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Terdahulu, baginda turut menyertai Lim, Tee serta barisan dif kehormat untuk sama-sama menggaul Yee Sang sebagai acara simbolik menyambut Tahun Baharu.

Sambutan Chap Goh Mei kumpulan itu turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina, persembahan gendang serta nyanyian artis undangan.

Baginda berangkat pulang selepas meluangkan masa kira-kira sejam pada sambutan itu. – BERNAMA

Tags: Sultan IbrahimSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Identiti Penjenayah Ditembak Tak Pernah Didedah

Next Post

Tiga Sahabat Didakwa Edar Methamphetamine

Related Posts

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

03/02/2024
0

ISKANDAR PUTERI : Kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai Raja berpendirian tegas dan berani, mampu menjadi pemangkin...

Hukuman Penjara Najib Razak Dikurangkan Separuh Daripada 12 Kepada 6 Tahun, Kata Sumber Rasmi

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

31/01/2024
0

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara...

Next Post

Tiga Sahabat Didakwa Edar Methamphetamine

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd