Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

DBKL Sita 26 Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong...

Calon PRU15 Didakwa Tipu

Jeli : Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Aswara Mahu Graduannya Bekerja...

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mahu lebih ramai...

Terjejas Mental, Guru Besar...

KOTA BHARU: Seorang guru besar bertindak memfailkan saman sebanyak RM500,000 terhadap bekas Yang...

Identiti Penjenayah Ditembak Tak Pernah Didedah

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) atau polis tidak pernah mendedahkan atau menyebut identiti penjenayah yang ditembak mati di kawasan Kalabakan, Tawau pada Selasa lepas dan perkara itu masih dalam siasatan.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata merujuk kepada kenyataan laporan portal berita The Star pada 1 Mac bertajuk ‘Abu Sayyaf Leader Shot Dead in Tawau’ dan diulang siar oleh media asing telah mencetuskan kegusaran kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk melancong ke kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Pihak kami amat terkilan dan kesal dengan perkara tersebut, ini disebabkan siasatan pihak keselamatan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata, perkara itu sekali gus menjejaskan keseluruhan operasi pasukan keselamatan untuk mengesan suspek dan senjata yang terlibat serta sesiapa yang mempunyai kaitan dengan suspek dan kumpulannya.

Susulan perkara itu juga, Hazani berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu atau pihak yang mendedahkan (menyalurkan maklumat) bagi tindakan perundangan.


Sementara itu, beliau turut menyarankan kepada pihak media untuk mengesahkan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang maklumat diterima sebelum dihebahkan kepada masyarakat bagi tujuan mengekalkan integriti kepentingan keselamatan dan kerahsiaan operasi.

Dalam pada itu, Hazani mengulangi saranan kepada penduduk di ESSZone supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak keselamatan jika melihat aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dan menjurus kepada jenayah.

Pada Selasa lepas, tiga lelaki dipercayai daripada kumpulan penjenayah terancang ditembak mati polis di kawasan ladang di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau di Tawau kira-kira pukul 3.20 petang. – BERNAMA

Kategori