• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Syarikat GLC Terlibat Rasuah RM108.5 Juta

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa melibatkan lebih US$27.8 juta (RM108.5 juta).

Menurut sumber, SPRM menerima maklumat terdapat pegawai syarikat itu disyaki bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja penyelenggaraan kapal-kapal milik GLC berkenaan sedangkan kerja-kerja berkenaaan tidak dilaksanakan sejak 2010 hingga 2013.

“Oleh yang demikian, SPRM telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan di ibu negara dan di Johor pada 28 Feb lepas dan telah merakam keterangan seramai sembilan saksi termasuk empat pegawai kanan syarikat GLC itu serta merampas beberapa dokumen berkaitan,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkata antara dakwaan yang disiasat SPRM ialah tuntutan pembayaran kos pembaikan tangki kapal bernilai US$15.8 juta (RM61.6 juta) pada 2012 sedangkan anggaran awal hanyalah US$7.9 juta (RM30.8 juta).

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kerja penyelenggaraan kapal yang mengalami kerugian sebanyak US$12 juta (RM46.8 juta) kerana proses pelantikan kontraktor tidak mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan melibatkan GLC berkenaan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd