• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Air: Mahkamah Tetapkan Bicara Pada 3 April

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 April perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tiga lagi selepas menolak permohonan seorang daripada mereka untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Menurut Timbalan Pendaftar Dana Arabi Wazani, Hakim Datuk Nurchaya Arshad memutuskan keputusan itu dalam kamar selepas mendapati tidak ada merit dalam permohonan jenayah bekas timbalan pengarah JANS Teo Chee Kong yang bantahannya termasuk bagi perbicaraan bersama dan memohon Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menarik diri daripada mendengar kes itu.

“Mengenai semakan jenayah bagi perbicaraan bersama dan penarikan diri Hakim Mahkamah Sesyen, Yang Arif (Nurchaya) memutuskan bahawa tidak ada kemungkinan dari segi berat sebelah di pihak Hakim Mahkamah Sesyen,” kata Dana.

Dana berkata Nurchaya juga memerintahkan pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman untuk mengemukakan rakaman visual kamera litar tertutup, buku pendaftaran lokap dan dokumen berkaitan semasa tempoh reman yang dipohon oleh Teo yang telah ditolak oleh Abu Bakar.

Teo, 52, yang diwakili peguam Roland Cheng, Nelson Anggang dan Ram Singh, menghadapi 146 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan lebih RM32 juta, yang didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan projek-projek yang dibiayai JANS antara 2010 dan 2016.

Dia menghadapi 78 pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 bagi pemilikan 70 keping tanah hasil hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang melalui 78 urus niaga, melibatkan RM12,705,203.

Baki 68 pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, enam daripadanya atas tuduhan memiliki wang tunai RM7,930,810 dan yang lain melibatkan RM12,287,240 dalam akaun bank di lapan institusi kewangan.

Teo akan dibicarakan bersama-sama dengan bekas pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas timbalan pengarah JANS Lim Lam Beng, 62, yang mengaku tidak bersalah atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta. – BERNAMA

Tags: rasuah sabahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd