• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sirhajwan Guru Hebat Harumkan Nama Malaysia

oleh
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka seorang guru berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Mohd Sirhajwan Idek, 30, yang merupakan guru dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menandingi tujuh peserta lain dalam peringkat akhir sempena Global Educational Supplies and Solutions (GESS) Education Awards.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin meluahkan rasa bangga terhadap guru dari Sabah itu kerana telah melakar sejarah dengan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tahniah kepada Cikgu Sirhajwan Idek atas kejayaan beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menang anugerah di GESS Education Awards apabila diumumkan sebagai pemenang Community Award for Citizenship,” katanya pada akhbar tempatan.

Sebelum ini Sirhajwan telah mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di Novancia Business School di Paris, Perancis pada 22 September 2017.

Selain itu juga, beliau telah menerima anugerah antarabangsa yang diiktiraf seluruh dunia iaitu Macmillan Teachers at My Heart pada tahun 2016, Express Publishing IATEFL Scholarship 2017 dan National Techer Icon Award 2017.

Guru di Malaysia pastinya memberi pengaruh yang besar pada pelajar.  Boleh jadi seorang guru mampu melahirkan insan-insan hebat yang mampu membawa Malaysia dalam arus perdana. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: GuruSirhajwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd