• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Sorok Syabu Dalam Bungkusan Teh Tumpas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR – Satu sindiket dadah yang licik menyembunyikan dadah jenis syabu dalam bungkusan teh hijau tumpas setelah polis memberkas enam individu termasuk dalangnya dalam operasi dua hari sehingga tengah malam semalam di sekitar Selangor dan Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata susulan tangkapan itu, polis merampas 140 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM10 juta.

Kesemua suspek berusia 35 hingga 57 tahun yang turut merangkumi dua wanita dengan seorang merupakan warga Thailand, diberkas secara berasingan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik Bukit Aman bermula tengah malam Khamis, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga merampas sepucuk pistol jenis Luger bersama peluru daripada suspek.

Katanya daripada jumlah dadah yang dirampas, kira-kira 127 kg ditemui disembunyikan di dalam bongkah kayu di sebuah rumah di Kajang.

Bekalan dadah yang dirampas itu dianggarkan dapat menampung kira-kira 706,300 penagih, katanya menambah siasatan mendapati sindiket memasarkan dadah tersebut di pasaran tempatan dan juga negara jiran.

Dalam serbuan terbabit, polis turut menyita tujuh kenderaan termasuk tiga kenderaan mewah selain pelbagai mata wang asing, katanya.

Mohmad berkata kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 5 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 40,609 tangkapan berkaitan dadah telah dilakukan melibatkan 38,163 warga tempatan dan 2,446 warga asing di seluruh negara dalam tempoh 1 Jan hingga 29 Mac tahun ini.

Beliau berkata bagi rampasan dadah jenis sintetik, sebanyak 497.57 kg syabu dirampas selain ketamin (9.35 kg), pil eramin 5 (40.97 kg), pil yaba (11.16 kg) dan pil ekstasi (29.30 kg), sementara dadah jenis tradisional iaitu ganja (1152.13 kg) dan heroin (117.61 kg) turut dirampas dengan nilai keseluruhan dianggar RM42.9 juta. – BERNAMA

Tags: polisSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd