• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sewa Tiga PPR Di Sandakan Diturunkan – Musa

oleh Ahmad Albab
19/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sewa bulanan bagi tiga Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini iaitu Muhibbah, Harmoni dan Batu Sapi diturunkan dari RM220 hingga RM245 kepada RM170.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata ia bertujuan meringankan beban rakyat yang tinggal di PPR berkenaan dan selepas mendengar rintihan mereka yang meminta kerajaan menurunkan kadar sewa bulanan itu.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat atas persetujuan bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berdasarkan faktor kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan persekutuan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa peka dan mendengar rintihan rakyat selain sedar akan tanggungjawab membantu dan meringankan beban rakyat,” katanya ketika mengumumkan penurunan kadar sewa bulanan itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Muhibbah di Batu 12 dekat sini, hari ini.

Justeru, beliau meminta penghuni di PPR tersebut dan PPR yang ada di negeri ini supaya menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kediaman mereka dengan baik.

Seramai 500 keluarga menghuni PPR Muhibbah manakala PPR Harmoni di Batu 2 (1,000 keluarga) dan PPR Batu Sapi (180 keluarga).

Dalam pada itu, seorang penghuni PPR Muhibbah, Idris Abdullah, 56, menyifatkan penurunan kadar sewa bulanan itu membuktikan kerajaan mendengar rintihan rakyat yang tinggal di PPR yang menghadapi beban membayar sewa itu.

“Setelah dapat tinggal di rumah dan kawasan perumahan yang selesa, kini beban kami diringankan lagi untuk membayar sewa bulanan,” katanya

Seorang lagi penghuni PPR yang sama, Damsah Salim, 54, berkata sebagai wakil rakyat di kawasan itu, Musa banyak melaksanakan pembangunan di kawasan Muhibbah yang berubah dengan ketara berbanding dahulu.

Katanya selain wujudnya PPR Muhibbah dengan jalan raya yang baik, kawasan itu turut dilengkapi dengan kemudahan masjid, bangunan kedai, balai polis dan Kompleks Cahaya untuk orang buta. – BERNAMA

Tags: Musa AmanPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

241 Mesin CT Scan, 104 MRI Di Hospital Seluruh Negara

Next Post

Perlaksanaan B10 Lonjak Pengeluaran Biodesel

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

Next Post

Perlaksanaan B10 Lonjak Pengeluaran Biodesel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd