• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEB Akan Kaji Potensi Pembangunan Tenaga

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak Energy Bhd (SEB), yang berhasrat mahu merealisasikan Grid Tenaga Asean, akan membuat kajian potensi penjualan tenaga kepada Sabah, Brunei termasuk pembangunan tenaga di Kalimantan Utara dan Myanmar, selain memberi tumpuan kepada eksport tenaga ke Kalimantan Barat yang telah dilaksanakan sejak 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sharbini Suhaili, berkata dalam beberapa tahun lagi, SEB akan memberi tumpuan kepada eksport tenaga ke Kalimantan Barat, Sabah dan Brunei sebelum memulakan sebarang projek di Kalimantan Utara dan Myanmar.

“SEB sedang meningkatkan eksport elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia dan dijangka akan menjual tenaga ke Brunei dan Sabah di bawah projek grid kuasa trans-Borneo,” katanya dalam satu taklimat kepada media di sini hari ini.

Katanya, SEB sedang menyediakan perjanjian penukaran tenaga dengan Brunei dan Sabah bagi mengorak langkah pengeksportan tenaga.

Dalam laporan-laporan media, Brunei dikatakan telah bersetuju untuk membeli 100 megawatt (MW) tenaga daripada SEB, dengan opsyen pembelian tambahan sebanyak 50MW.

Sekarang ini, eksport SEB adalah sebanyak 150MW hingga 200MW ke Kalimantan Barat.

Sarbini berkata SEB memiliki gambaran yang menyeluruh mengenai keseimbangan pembangunan tenaga bagi memacu transformasi sosio-ekonomi, keselamatan tenaga, ketahanan dan kemampuan dengan menawarkan tarif elektrik yang terendah di rantau ini melalui pembangunan hidro.

Sarawak akan menghasilkan 7,115MW tenaga menjelang 2025 melalui pembangunan kuasa hidroelektrik sebagai sumber utama tenaga untuk negeri berkenaan, sambil menambah bahawa sekarang ini, ia hanya mengeluarkan sebanyak 5,49MW.

“Utiliti pada masa hadapan akan didigitalkan sepenuhnya, ini akan melibatkan transformasi organisasi dan perniagaan, ia juga akan membuka peluang-peluang digital yang lebih besar dalam setiap rantaian nilai,” katanya.

SEB, yang merupakan sebuah syarikat pembangunan utiliti dan tenaga bersepadu, dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.

Ia menjana kuasa melalui hidro dan terma (arang batu serta gas) dan memberi perkhidmatan kepada 2.6 juta orang meliputi 650.000 pengguna domestik, komersial, perindustrian dan pelanggan eksport melalui satu rangkaian pengagihan dan transmisi yang luas. SEB mempunyai tenaga kerja dalam pelbagai disiplin seramai 5,000 orang.

Syarikat itu menawarkan tarif yang paling rendah di Malaysia dan antara yang termurah Asia Tenggara kerana sumber tenaganya datang daripada hidro. – BERNAMA

Tags: Sharbini Suhaili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Energy Tangani Masalah Gangguan Tenaga

09/06/2017
0

KUCHING - Menyedari kegusaran orang ramai berhubung kekerapan gangguan yang dialami penduduk Bandaraya Kuching sejak beberapa bulan yang lalu, Sarawak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd