• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Energy Tangani Masalah Gangguan Tenaga

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menyedari kegusaran orang ramai berhubung kekerapan gangguan yang dialami penduduk Bandaraya Kuching sejak beberapa bulan yang lalu, Sarawak Energy kini memperhebat usahanya untuk mengurangkan gangguan melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Sharbini Suhaili berkata syarikat telah membuat pelaburan yang ketara dalam teknologi, menyediakan bekalan sokongan dan infrastruktur untuk sistem kuasa yang lebih moden, cekap dan boleh dipercayai, dalam usaha mengurangkan risiko gangguan kuasa serta tempoh gangguan apabila ia berlaku.

Beliau berkata pasukan teknikal sentiasa dalam keadaan siap siaga dan bersiap sedia 24 jam untuk pemulihan segera semasa gangguan, memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memulihkan bekalan kepada pelanggan dalam masa yang paling singkat, menggunakan feeder atau bekalan sumber alternatif jika berkenaan, sebelum menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pembaikan.

Bandaraya Kuching mengalami tiga gangguan bekalan elektrik disebabkan insiden terpelantik di sepanjang talian transmisi Kemena-Bintulu pada bulan lalu.

Bagaimanapun Sharbini berkata berdasarkan langkah persediaan Sarawak Energy susulan insiden terpelantik yang berlaku tahun lepas, pemulihan bekalan berjaya dilakukan dengan segera dengan tiada gangguan bekalan ke atas kemudahan kritikal seperti hospital dan lapangan terbang.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan kami atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan Sarawak Energy petang tadi.

Sharbini berkata siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar tetapi siasatan awal menunjukkan bahawa faktor transmisi luaran adalah punca ia terpelantik.

Beliau berkata pasukan teknikal Sarawak Energy akan memantau lebih proaktif talian transmisi ini yang berusia antara 25 dan 30 tahun, menjalankan lebih kerap imbasan termal dan pemeriksaan talian secara berjadual. – BERNAMA

Tags: Sharbini Suhaili
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SEB Akan Kaji Potensi Pembangunan Tenaga

23/03/2018
0

KUCHING – Sarawak Energy Bhd (SEB), yang berhasrat mahu merealisasikan Grid Tenaga Asean, akan membuat kajian potensi penjualan tenaga kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd