• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Sering Digoda, Nyanyi Bukan Untuk Raih Anugerah

oleh
16/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WOW… Disebabkan kecantikan yang dimiliki, dalam diam rupa-rupanya usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamarulzaman mendedahkan bahawa dia sering digoda oleh ramai lelaki.

Malah, Sajat, 32, turut mengakui menerima banyak mesej jenis godaan dan ayat berbaur lucah daripada lelaki yang tidak dikenali menerusi media sosial.

“Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.

“Mereka bukan sahaja hantar kepada saya, wakil stokis turut terima kiriman sama. Mungkin mereka sangka nombor telefon tertera di Instagram itu nombor Sajat kut?” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tambah penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu lagi, sampai satu tahap yang mana apabila dia tidak melayan mesej karut itu, maka ramai ‘askar’ mula menyerang akaun Instagram miliknya.

Disebabkan itu, dia lebih memilih untuk membiarkan sahaja kata-kata negatif yang diterima serta menganggap ia sebagai usikan ‘manja’ daripada peminatnya sahaja.

Namun, jika melapaui batas, dia tidak teragak-agak utnuk memberi sebarang pengajaran kepada mana-mana individu yang berkelakuan begitu supaya perkara sebegitu tidak terjadi lagi.

“Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.

“Kalau melampau sangat, saya akan block (sekat) akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sajat kini baru sahaja muncul dengan baby baharu iaitu lagu kedua nyanyiannya yang berjudul Makhluk Penggoda.

Tidak serik dikecam selepas lagu Abang Nak Tegur, kali ini Sajat sekali lagi bagaikan kalis kritikan dan turut bersedia jika dikritik hebat oleh netizen.

“Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.

“Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?” ujarnya lagi.

Lagu Makhluk Penggoda merupakan hasil ciptaan Aepol Roza dan liriknya oleh Iman Imran serta sekali lagi menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai rakan duetnya.

Walaupun mengakui bahawa dirinya tiada bakat dalam bidang nyanyian, Sajat tetap meneruskan tindakannya bagi merakamkan lagu tersebut bagi tujuan hiburan dan bukannya demi meraih anugerah semata-mata.

Oleh itu, lagu Makhluk Pengooda itu merupakan salah satu tambahan bagi menyerikan lagi industri muzik tanah air.

Untuk makluman, sebelum ini ‘ibu’ kepada dua anak angkat itu juga memaklumkan bahawa sebelum bergelar usahawan, dia merupakan seorang penari di bawah naungan syarikat Pak Ngah Production.

“Saya ada bisnes sendiri, jadi apa saya buat ini sekadar hiburan, bukan terbabit secara serius. Kalau orang tak suka, tidak mengapa kerana apa yang saya miliki kini sudah cukup untuk membuatkan saya rasa bersyukur.

“Saya anggap semua ini sebagai rezeki dalam bidang seni. Selepas terbabit dalam bidang lakonan menerusi filem Ophilia, kini saya ada single dan program sendiri di Tonton,” katanya.

Selepas Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri muncul dengan program realiti mereka, kini giliran Sajat juga mempunyai program realitinya yang berjudul Nur Sajat Rated Xtra siaran Tonton.  – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Makhluk PenggodaNetizenNur Sajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd