• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah Solat Di Masjid Dibina Guna Sumber Haram

oleh AK-47
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Hukum solat di masjid yang dibina daripada sumber haram adalah sah, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 18 dan 19 Disember lalu telah membincangkan hukum membina masjid daripada sumber haram seperti dana loteri kebajikan masyarakat dan hukum solat di dalamnya dan memutuskan bahawa solat itu sah.

“Individu yang membina masjid menggunakan wang daripada sumber haram adalah berdosa manakala orang yang bersembahyang di dalam masjid itu tidak berdosa dan solatnya dikira sah dan memperoleh pahala berdasarkan fatwa-fatwa dan ulama-ulama terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan penerangan berhubung perkara itu kepada kariah Masjid Rantau Panjang, dekat sini, hari ini selepas menerima aduan daripada kariah masjid itu yang ragu-ragu untuk mendirikan solat di masjid itu yang dikatakan dibina daripada sumber haram.

Wan Salim berkata pihaknya akan mewartakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu bagi memastikan fatwa itu diterima tanpa sebarang keraguan.

“Sesiapa yang ingin bertaubat daripada perbuatan itu (menggunakan wang daripada sumber haram untuk membina masjid), boleh beri sumbangan untuk kemaslahatan umat Islam seperti membina pondok-pondok agama, jambatan, bilik air dan bersedekah kepada fakir miskin,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid itu Rosli Hamid, 65, berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan mufti dan berharap semua ahli kariah masjid menerima fatwa itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Masjid Berpolitik Pecah-Belah Umat Islam

07/06/2017
0

GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penggunaan masjid sebagai tempat untuk berkempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd