• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Masjid Berpolitik Pecah-Belah Umat Islam

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penggunaan masjid sebagai tempat untuk berkempen atau berpolitik dibimbangi boleh memecah-belahkan umat Islam.

Beliau berkata masjid adalah tempat untuk menyatupadukan umat Islam dan bukan untuk berpolitik kerana tindakan itu juga akan mencemarkan kesucian rumah ibadah berkenaan.

“Bila ada pertemuan dengan jawatan kuasa kariah masjid, saya akan nasihatkan mereka supaya tiada pihak yang datang ke masjid untuk memberi ceramah politik atau kempen kerana tidak mahu ada ia (masjid) di salah guna,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen Subang, R.Sivarasa yang berceramah di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang, Selangor baru-baru ini.

Ekoran itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen daripada PKR itu.

Wan Salim ditemui pemberita selepas melawat dua beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lepas.

Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, 18 bulan yang cedera parah kedua-dua kaki mereka masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Solat Di Masjid Dibina Guna Sumber Haram

04/03/2018
0

KEPALA BATAS - Hukum solat di masjid yang dibina daripada sumber haram adalah sah, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd