• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Mempunyai KM Hebat – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri yang hebat kerana berjaya menyatupadukan semua etnik di negeri ini.

Katanya, banyak negara di dunia ini bergolak disebabkan pemimpinnya gagal mengurus perbezaan etnik, budaya dan agama.

“Namun bukan di Sabah, Sabah bersatu padu .. bersatu dalam kepelbagaian … saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin-pemimpin Sabah,”

“Ini adalah contoh (terbaik) di dunia … dunia boleh belajar daripada orang Sabah dan juga orang Keningau,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Malam Festival Kebudayaan Keningau Padalaman Atas 2018 di sini hari ini.

Tajuddin berkata, satu daripada kelebihan yang terdapat di negeri Sabah khususnya di Keningau ialah daerah itu mempunyai kepelbagaian etnik, kebudayaan dan agama tetapi mereka hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

“Kualiti ini memberikan kestabilan kepada negeri dan negara … nilai ini tidak terdapat di mana-mana tempat dan negeri yang lain … rakyat Sabah dan khususnya di Keningau benar-benar bersatu membuatkan saya benar-benar kagum dan bersyukur,” katanya.

Beliau memuji pemimpin-pemimpin di daerah ini khususnya anggota Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Sairin Karno, anggota Parlimen Keningau Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta pemimpin-pemimpin lain di semua peringkat kerana berjaya membudayakan konsep perpaduan yang sebenar kepada rakyat di sini.

Sebanyak 23 tarian pelbagai etnik di seluruh negeri dipertandingkan sepanjang fastival itu yang disifatkan Tajuddin bukan lagi bertaraf negeri atau kebangsaan tetapi bertaraf antarabangsa.

“Saya sangat berbangga menyaksikan persembahan-persembahan yang dipertandingkan … ini bukan bertaraf negeri atau kebangsaan … ini bertaraf dunia,” katanya.

Pada majlis itu Tajuddin turut menyumbangkan RM50,000 sebagai tanda penghargaan ke atas penganjuran festival bernilai tinggi itu. – BERNAMA.

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd