• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Flat Taman Segar Dapat Rumah Ganti Baharu

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR– Seramai 1,200 keluarga di rumah pangsa Taman Segar, Cheras akan mendapat rumah gantian baharu yang lebih besar dan selesa tanpa sebarang bayaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan akan melaksanakan projek itu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan penduduk memiliki rumah berkualiti yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Hari ini, saya dapat meninjau keadaan yang ada sangkut paut dengan soal kemiskinan di bandar di mana keadaan rumah pangsa ini terlalu usang dan memerlukan kemudahan yang lebih baik lagi.

“Alhamdulillah, usaha kerajaan dan DBKL, satu projek gantian akan dilaksanakan dan dalam tempoh tiga tahun lagi setiap penghuni yang kini memiliki kawasan apartmen yang seluas 500 kaki persegi akan menerima apartmen baharu seluas 800 kaki persegi dalam keadaan yang jauh lebih berkualiti dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium,” katanya.

Najib berkata demikian dalam video ucapan ketika melakukan tinjauan di kawasan itu hari ini yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Twitter beliau.

“Saya amat menyokong projek ini sebagai satu lagi bukti usaha kerajaan supaya semua lapisan rakyat terutama sekali kumpulan B40 akan mendapat pembelaan sebaik mungkin,” katanya.

Menerusi Twitternya pula, Najib melahirkan rasa kecewa apabila mendengar pihak yang diberi mandat menjaga kebajikan penduduk di kawasan itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menangani masalah rumah yang usang itu.

“Kita akan bangunkan semula, dalam tiga tahun, Segar Residence akan gantikan rumah penduduk daripada 500 kaki persegi kepada 800 kaki persegi, siap dengan kemudahan asas,” katanya.

Najib turut memuat naik beberapa keping gambar disertai video yang memaparkan beliau beramah mesra dengan penduduk di kawasan terbabit ketika tinjauan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan dengan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd