• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM5.3j Bina Susur Keluar Lebuh Raya K.Bharu-Kuala Krai

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM5.3 juta lagi kepada negeri ini bagi pembinaan susur keluar lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai di Fasa 1B membabitkan laluan Pasir Hor-Kadok di sini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi membolehkan laluan fasa pertama sepanjang 10.5 kilometer yang telah siap tahun lepas itu dapat digunakan orang awam.

“Bagi memastikan ia tidak menjadi projek gajah putih, kita telah memohon peruntukan untuk pembinaan satu susur keluar masuk di laluan itu agar dapat digunakan orang awam.

Syukur kerajaan telah meluluskannya dan ia bakal disiapkan dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MTPNK di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan anugerah kepada tiga pelajar terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 peringkat nasional iaitu Nor Azriena Abdullah dan Abdullah Haimi Harun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, serta Sarah Syazwani Taufik dari SMK Pengkalan Chepa 1 di sini.

Pada majlis sama, Mustapa turut menyampaikan anugerah kepada tiga sekolah terbaik STPM 2017 iaitu SMK Tengku Panglima Raja, SMK Kangkong dan SMK Sultan Ibrahim (2) yang masing-masing terletak di Pasir Mas.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata Barisan Nasional (BN) Kelantan akan bekerja keras bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor daripada jatuh ke tangan PAS.

Beliau berkata rakyat Kelantan ingin melihat perubahan dan menggantikannya dengan pentadbiran baharu yang lebih berkemampuan berbanding pentadbiran sekarang yang tidak berupaya menjalankan tanggungjawab dengan berkesan sepanjang 28 tahun memerintah.

“Kita yakin akan mengekalkan kemenangan 12 kerusi milik BN sebelum ini termasuk DUN Pengkalan Kubor malah mungkin berlaku pertambahan kerusi lain,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu sedang berusaha untuk menawan kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor yang kini milik BN. – BERNAMA

Tags: KelantanLebuh raya Central Spine
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd