• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risau Pergaulan Anak, Rita Tegas Dalam Mendidik

oleh
27/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN sudah menjadi trend masa kini bagi golongan selebriti untuk membuka akaun laman sosial bagi anak kecil mereka sebelum anak itu sendiri tidak mengerti apakah kegunaan media sosial berkenaan.

Bagi pelakon Rita Rudaini, walaupun dia sudah membuka akaun Instagram bagi kedua-dua anaknya, itu tidak bermaksud dia akan melepaskan tangan dengan memberi peluang kepada dua putera kesayangannya mengendalikan laman sosial tersebut.

“Saya buka akaun Instagram untuk mereka kerana mereka minta, kawan-kawannya di sekolah sudah ada Instagram dan sering mendesak mereka untuk membuka laman sosial itu.

“Jadi saya buka jugalah, tapi saya yang pantau, saya tak benarkan dia baca komen, cuma saya akan tanya dulu nak muat naik gambar yang mana sahaja,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, dia akan menapis segala macam komen dan mesej yang bakal diterima oleh anak-anaknya bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.

Mujur kedua-duanya mengerti permintaan si ibu yang sentiasa mahukan terbaik buat mereka.

Hasil perkahwinan yang terdaulu bersama dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Kini, kedua-dua kanak-kanak itu berada dibawah jagan Rita sendiri dan telah didaftarkan dibawah sekolah antarabangsa di ibu kota.

Sebagai seorang ibu, pelakom drama Rafflesia itu akui bahawa dia perlu bersikap lebih tegas terhadap Rayyan dan Qaqa kerana pergaulan pada masa kini bukanlah seperti dahulu.

Bimbang jika kedua-dua mereka terlalu terdedah dengan dunia luar, sikap tegas itu perlu ada di dalam diri ibu tunggal itu.

“Saya kena tegas bagi mereka takut sedikit, perkembangan kanak-kanak sekarang berbeza, kadang-kadang kita tidak tahu pun muzik dan lagu-lagu baharu tapi mereka dah kenal artis luar negara.

“Saya sudah pesan mereka hanya boleh cium dan pegang Mummy (Rita) sahaja, perempuan lain tidak boleh. Saya takut pergaulan di sekolahnya terbuka sedikit,” tambahnya.

Rita bersama beberapa lagi selebirit telah ditemui pada majlis sidang media program Oh My Family! yang merupakan rancangan terbitan Astro.

Program berkenaan bakal memberi pendedahan sambil belajar kepada anak-anaknya malah, anak sulung Rita, Rayya juga dilihat seperti meminati dunia lakonan.

Malah, Rita turut memberitahu bahawa Rayyan sendiri sering meminta untuk berlakon dalam drama seperti pelakon kanak-kanak yang lain.

Dalam masa yang sama, dengan adanya program sebegitu, ia akan memberi ruang dan peluang kepada Rayyan untuk merasai kerjaya ibunya.

“Dia berminat dan selalu tanya saya bila dia boleh berlakon drama. Kalau berlakon betul-betul saya tidak benarkan lagi buat masa sekarang, tunggulah habis sekolah dulu.

“Kalau sekadar program seperti ini tiada masalah kerana kandungan program ini juga bagus untuk perkembangan minda mereka,” katanya lagi.

Selain itu, anak selebirit lain yang turut terlibat bagi menjayakan program berkenaan ialah anak kepada Aziz M Osman, Datuk Aaron Aziz, Datuk Fazley Yakob dan Aazad Jazmin.

Program berkenaan bakal menemui penonton pada 11 April ini setiap hari Rabu jam 9 malam. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenRita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd