• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Cef Dari Ipoh Dapat Bintang Michelin

oleh AK-47
13/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEF kelahiran Malaysia sememangnya sedang menyinar dalam industri kulinari antarabangsa.

Baru-baru ini, restoran Pertinence milik cef berasal dari Ipoh, Kwen Liew dan suaminya yang berasal dari Jepun, Ryunosuke Naito telah dianugerahkan bintang Michelin di dalam buku panduan Michelin Perancis 2018.

Buku panduan yang dikenali sebagai ‘kitab Injil kulinari’ itu telah mengiktiraf Kwen Liew dan Naito dengan menyebut kisah kejayaan mereka sebagai “satu kisah dua cef Asia yang layak menerima bintang Michelin pertama mereka.”

Kwen Liew dan suaminya yang berasal dari Jepun, Ryunosuke Naito.

“Naito amat berhati-hati dan cekap mengubah bahan-bahan segar dari pasar menjadi hidangan klasik Perancis yang enak, dengan memberikan nafas yang baru dan ‘segar’ dalam cara penyediaan hidangannya,” tambah Michelin lagi.

Kwen Liew dipercayai menjadi cef wanita Malaysia pertama yang memenangi bintang Michelin.

Terletak di Paris, Pertinence dibuka pada Mac 2017 dan telah memenangi hati pengkritik makanan oleh kerana hidangan yang lazat serta perkhidmatan yang bagus restoran tersebut.

Hidangan di Pertinence dikatakan unik oleh kerana mereka mengekalkan citarasa santapan tradisional Perancis dengan menggunakan teknik penyediaan Jepun.

Terdapat 57 buah restoran baru yang dimasukkan ke dalam senarai panduan Michelin Perancis 2018, menjadikan angka keseluruhan restoran yang mempunyai bintang tersebut sebanyak 621.

Mula diperkenalkan pada tahun 1900, pandua Michelin ini menganugerahkan restoran menggunakan model tiga-bintang: bintang pertama menandakan restoran tersebut “sangat bagus”; bintang kedua, “hidangan menakjubkan”; dan bintang ketiga pula menunjukkan hidangan makanan di restoran itu “amat menyelerakan dan istimewa.”

Tahniah buat seorang lagi anak Malaysia yang berjaya membuktik kemampuannya di luar negara dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita murninya! – MYNEWSHUB.CC

Tags: KulinariMichelin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maut Selepas Makan Di Restoran Bertaraf Michelin

22/02/2019
0

VALENCIA - Seorang wanita dilaporkan maut manakala 28 yang lain jatuh sakit setelah menjamu selera di sebuah restoran bertaraf Michelin...

Graduan OKU Kolej Komuniti Tekad Buka Kedai Bakeri

03/09/2016
0

SHAH ALAM - Meskipun mengalami masalah pembelajaran, Mohd Kamil Kamaruddin, seorang graduan sijil asas kulinari dari Kolej Komuniti Selayang bercita-cita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd