Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Gulingkan Kerajaan Guna `Pintu...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa langkah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghasut...

PBB Rayu Rusia Henti...

MOSCOW – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Rusia agar menghentikan...

Pisau Terpacak Atas Muka

GEORGETOWN : Polis menahan empat pekerja kilang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan...

Doa Memohon Agar Allah...

SESEORANG yang bijakasana akan selalu menginginkan kehidupan yang lebih baik. Kesalahan dan masalah di hari ini dijadikan loncatan untuk jauh lebih baik lagi.

Graduan OKU Kolej Komuniti Tekad Buka Kedai Bakeri

SHAH ALAM – Meskipun mengalami masalah pembelajaran, Mohd Kamil Kamaruddin, seorang graduan sijil asas kulinari dari Kolej Komuniti Selayang bercita-cita menjadi usahawan berjaya dengan membuka kedai bakeri.

Mohd Kamil, 23, berpendapat masalah yang dihadapinya tidak menjadi penghalang untuk beliau menjadi usahawan berjaya dan menghabiskan banyak masa di dapur dengan membuat kek dan pastri.

“Saya kini ditempatkan di restoran Tony Roma’s di Johor dan yakin pengalaman yang diperoleh di sana akan membantu saya menjadi usahawan berjaya selaras dengan hasrat Kolej Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti negeri Selangor Tahun 2016 yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Kamel Mohamad di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Mohd Kamil yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 berkata beliau menyanjung tinggi jasa pensyarah di Kolej Komuniti Selayang yang selama ini memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sewajarnya dalam kursus yang diikutinya selama setahun enam bulan.

Sementara itu, seorang lagi graduan sijil asas kulinari yang mengalami masalah pendengaran, Mohd Safiuddin Rosli, 22, berkata beliau teruja menerima sijil pada hari ini dan berkata kejayaan yang diperoleh adalah hasil tunjuk ajar dan bimbingan pensyarahnya yang mengendalikan pengajian dalam Bahasa Isyarat Malaysia.


Beliau yang berasal dari Bukit Beruntung dan kini bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai makanan segera di ibu kota berkata beliau menimba banyak ilmu dalam kursus pengajiannya terutama mengenai asas-asas kulinari barat dan kuih-muih tempatan.

Dalam pada itu, pensyarah yang mengendalikan program kemahiran khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kolej Komuniti Selayang, Asfarul Azwan, berkata Mohd Safiuddin telah mewakili Malaysia dengan mengambil bahagian dalam segmen memasak dalam Pertandingan Abilimpik Antarabangsa di Perancis Mac lepas dan mendapat tempat kelima daripada 15 peserta dari negara lain yang bertanding.

Mohd Kamil dan Mohd Safiuddin adalah antara 964 graduan dari sembilan kolej komuniti menerima diploma dan sijil dalam bidang masing-masing dalam majlis konvokesyen kali ini.

Majlis konvokesyen ini juga menyaksikan kelainan apabila kesemua graduan berdiri menyanyikan Lagu Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori