• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramli Adakan Persembahan Di 4 Bandar Raya India

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sutra Foundation, yang diterajui Datuk Ramli Ibrahim, akan mengadakan persembahan tarian Odissi, Ganjam, di empat bandar raya India bulan depan.

Ramli akan memulakan siri jelajah budaya selama seminggu itu di ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow, pada 1 April sebelum beralih ke Gorakhpur pada 3 April sebelum ke Ayodhya keesokan harinya.

Persembahan Ganjam itu, yang diilhamkan daripada warisan budaya daerah Ganjam di Odisha, sebuah negeri di timur India, mendapat sorotan hebat daripada pengkritik tarian India.

“Program jelajah ini istimewa kerana kami dijemput kerajaan Uttar Pradesh untuk mengadakan persembahan Odissi terbaru daripada Sutra iaitu Ganjam. Kami sungguh teruja kerana belum pernah mengadakan persembahan di bandar raya berkenaan.

Untuk siri jelajah ini, kami akan menampilkan 13 penari hebat Odissi Malaysia dan seorang pereka pencahayaan yang memenangi anugerah,” kata Ramli kepada Bernama.

Kumpulan tarian itu akan kembali ke Kuala Lumpur selepas mengadakan persembahan di Uttar Pradesh, tetapi Ramil dan pasangannya serta pereka pencahayaan berkenaan akan ke New Delhi untuk mengadakan persembahan pada 6 April.

Pereka tarian klasik India berusia 64 tahun itu mendapat pengiktirafan tertingggi bagi karya budayanya dan akan menerima Anugerah Padma Shri daripada Presiden India Ram Nath Kovind.

“Siri jelajah India ini menjadi lebih istimewa kerana saya akan menerima Anugerah Padma Shri di Rashtrapati Bhavan, New Delhi pada 2 April,” kata Ramli.

Sutra Foundation dan Ramli telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat di India.

“Setakat ini, kami sudah mengadakan persembahan di hampir 50 bandar raya India,” kata Ramli.

Tahun lepas, persembahan Ganjam dianjurkan di New Delhi, Bhubaneswar, Rourkela dan daerah Ganjam. Ia diadakan sekali lagi pada Konark Festival di Odisha baru-baru ini.

“Setiap produksi kami berbeza dengan yang sebelumnya kerana dari segi konsep, ia menggunakan titik tolak berbeza. Ganjam adalah sebuah produksi Odissi yang hebat dan menjadi kesukaan ramai pada Konark Festival yang diadakan Disember lepas,” kata Ramli. – BERNAMA

Tags: Ramli Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penari Klasik Malaysia Raih Anugerah Tertinggi India

26/01/2018
0

NEW DELHI - Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim, dinobatkan sebagai antara penerima anugerah sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd