• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penari Klasik Malaysia Raih Anugerah Tertinggi India

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim, dinobatkan sebagai antara penerima anugerah sempena Hari Republik India tahun ini, sebagai pengiktirafan di atas sumbangannya selama ini.

Ramli satu daripada 10 individu dari negara anggota ASEAN yang akan menerima anugerah Padma Shri sempena meraikan 25 tahun perkongsian dialog antara India dengan blok Asia Tenggara.

Anugerah itu juga sebagai menghargai kerjaya selama 40 tahun Ramli sebagai penari dan jurulatih tarian klasik Oddisi, Bharatnatyam serta penubuhan Teater Tarian Sutra di Malaysia.

Ramli, 64, banyak menyumbang dalam mempersembahkan tarian Odissi dan telah menerima pujian untuk persembahannya di India.

Sebelum ini, beliau pernah menerima Anugerah Akademi Sangeet Natak India pada 2011, pertama kali diberikan kepada rakyat Malaysia.

Anugerah Padma Shri, penghormatan awam tertinggi keempat di India, diberikan setiap tahun kepada individu di atas kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Sambutan tahun ini istimewa kerana 10 pemimpin ASEAN turut menghadiri istiadat perbarisan Hari Republik India, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana ketua negara dan kerajaan menjadi tetamu terhormat.

Jurucakap Kementerian Luar, Raveesh Kumar berkata, kerajaan India mengumumkan penghargaan itu diberikan kepada seorang individu untuk setiap negara ASEAN.

Antara penerima lain ialah Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dari Brunei dalam bidang perubatan, pengukir Indonesia I Nyoman Nuarta, diplomat Singapura Tommy Koh dan putera tertinggi Thailand, Somdet Phra Ariya Wongsa Khottayan.

Turut tersenarai Setiausaha Agung Vietnam Buddha, Sangha Nguyen Tien Thien, ahli perniagaan Filipina, Jose Ma Joey Concepcion III, sejarawan Myanmar, Thant Myint-U, Bounlap Keokangna dari Laos dan Hun Many dari Kemboja. – BERNAMA

Tags: Penari Klasik Ramli IbrahimRamli Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru ‘Amuk’ Mesyuarat Diarahkan Pindah Ke PPD

Next Post

Pedati Emas Buat Penampilan Sulung Perarakan Thaipusam

Related Posts

Ramli Adakan Persembahan Di 4 Bandar Raya India

30/03/2018
0

NEW DELHI - Sutra Foundation, yang diterajui Datuk Ramli Ibrahim, akan mengadakan persembahan tarian Odissi, Ganjam, di empat bandar raya...

Next Post

Pedati Emas Buat Penampilan Sulung Perarakan Thaipusam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd