• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes Parlimen, Bersih Bina Momentum Menuju PRU14

oleh Haris
28/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI dalam pilihan raya umum sebelum ini, pertubuhan Bersih (Bersih 2.0) yang digerakkan gabungan pembangkang membina momentum protes beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Isu-isu yang dibawa setiap kali melibatkan jangkaan dan persepsi bahawa parti pemerintah akan melakukan penipuan dalam proses pengundian yang akan memberikan kemenangan besar kepada mereka.

Kali ini, cerita yang dihangatkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ialah proses persempadanan semula yang akan memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

Disokong oleh media asing seperti The Economist yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan “mencuri” pilihan raya nanti, Bersih memulakan usaha membina sokongan untuk agenda mereka di halaman Parlimen pagi ini.

Protes dekat Parlimen pagi ini dipublisitikan sebagai perhimpunan untuk “Tolak penipuan SPR” dan disertakan kempen tanda pagar #KalahkanPencuri.

Sekitar 200 orang berkumpul di kawasan Tugu Negara seawal jam 8 pagi ini – kira-kira 1km dari bangunan Parlimen – dipimpin oleh pemimpin-pemimpin pembangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu, Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, dan bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba tidak lama selepas perhimpunan bermula.

Mereka merancang untuk berarak ke kawasan Parlimen dan dijangka mencetuskan kekecohan di sana untuk mengganggu proses pembentangan rang undang-undang persempadanan semula yang dijadual dibentang hari ini.

Perancangan mereka untuk menunggu kehadiran Perdana Menteri Najib dibimbangi akan membawa kepada persitiwa tidak diingini ekoran sensitiviti isu persempadan semula yang telah diperbesarkan oleh Bersih dan pembangkang.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memberi amaran kepada Bersih 2.0 agar tidak berhimpun dan memprotes di kawasan bangunan Parlimen, sambil mengatakan tidak ada permit dikeluarkan untuk perhimpunan itu kepada mana-mana pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula memberi amaran tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Sebagai reaksi kepada rancangan perhimpunan Bersih, Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos berkata seramai 10,000 aktivis mereka akan dikerah untuk menghalang Bersih 2.0 daripada mencetuskan huru-hara di Parlimen.

Kedua-dua Bersih dan Gerakan Baju Merah tidak memperolehi permit untuk berhimpun dekat Parlimen pagi ini.

Polis walau bagaimanapun berjaya mengawal keadaan di sekitar kawasan Tugu Negara dan menuju ke bangunan Parlimen.

Menurut laporan, seramai 10 orang wakil kumpulan itu akhirnya dibenarkan masuk ke parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Aktivis Bersih dan pembangkang terus mendakwa penipuan akan dilakukan oleh kerajaan BN dalam pilihan raya umum nanti, sebagai usaha mengapi-apikan sentimen menjelang PRU14 nanti.

Pada pilihan raya umum yang lepas, kempen Bersih dan pembangkang mengada-adakan cerita palsu pengundi hantu seramai 40,000 orang dari Bangladesh dibawa untuk mengundi memenangkan BN.

Kempen “Tipu pilihan raya, turun jalan raya” untuk mengajak penyokong pembangkang menyertai protes keputusan pilihan raya yang dimulakan pada PRU13 masih dijalankan menjelang PRU14 ini.

Selepas pilihan raya, disebarkan cerita lampu dipadam di pusat-pusat mengira undi untuk membolehkan pihak pemerintah melakukan penipuan untuk memastikan kekalahan calon-calon pembangkang.

Perhimpunan besar diadakan selepas PRU13 lalu menggunakan tema “Blackout 505” di seluruh negara untuk memprotes keputusan pilihan raya itu. – Mynewshub.cc

Tags: Bangunan ParlimenBersih 2.0Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd