• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Promosi Tudung Guna Gambar Qistina Tanpa Izin

oleh
06/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini kita banyak dengar kisah tentang penyalahgunaan gambar selebriti tempatan oleh mana-mana syarikat, tetapi kini muncul pula isu tersebut kepada seorang pelakon kanak-kanak.

Ibu kepada pelakon Nur Qistina Raisah, 10, Roszana Aminuddin memberitahu bahawa sebuah syarikat produksi telah menyalahgunakan gambar anaknya itu tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan hijab.

“Kami bersetuju menampilkan Qistina selaku teraju dalam drama pendek diterbitkan syarikat produksi terbabit. Namun tidak sangka, gambar dan video anak digunakan untuk mengaut keuntungan,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Roszana lagi, anaknya itu telah terikat kontrak dengan sebuah syarikat pengeluaran tudung yang lain.

“Qistina terikat dengan satu produk tudung lain… Ini menjadikan keadaan lebih sulit. Nampaknya, syarikat produksi memandang lewa perkara ini.

“Apabila dihubungi, panggilan telefon tidak berangkat malah mesej melalui WhatsApp juga mengambil masa untuk dijawab,” tambahnya lagi.

Malah, syarikat produksi berkenaan telah mengeruhkan lagi keadaan dengan cara memutarbelitkan fakta.

Disebabkan berang dengan situasi berkenaan, Roszana turut menunggu permohonan maaf daripada syarikat produksi berkenaan serta menggesa mereka untuk berbincang supaya dapat mencari jalan penyelesaian.

Qistina mula dikenali selepas membintangi drama Papa Ricky pada tahun lalu dan baru-baru ini, dia juga telah tampil menerusi drama Syurga Yang Kedua.

Selain itu, dia juga baru sahaja pulang dari Itali bagi pembikinan drama Ti Amor Swetheart 100 Hari bersama pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin dan Noor Neelofa.

Perkara sebegini perlu dibendung dan dijadikan pengajaran kerana mengambil kesempatan terhadap pihak lain dan jelas sekali Qistina masih lagi kecil, mengapa mahu mengambil kesempatan pada si cilik itu? – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenQistina Raisahtudung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd