Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Bergambar Dengan Bayi, 3...

MEXICO: Tiga orang doktor kini jadi buruan pihak berkuasa gara-gara tindakan tidak profesional...

Tiada Rakyat Malaysia Dalam...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert...

Bot Dilapor Karam Ke...

ALOR SETAR - Bot yang dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau...

Perutusan Khas PM Mengenai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa...

Projek Terowong: ‘Datuk’ Direman Empat Hari

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM3 juta bagi mempengaruhi siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman sehingga 6 Mac itu dikeluarkan Majistret Eng Kar Wen selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Terdahulu, lelaki berusia 64 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut laporan media, suspek ditahan di ibu negara pada 3.30 petang semalam dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.

Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

Media turut melaporkan suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan namun jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM3 juta selepas berunding dengan pihak syarikat terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)B Akta SPRM 2009.


Pada Selasa lepas, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaruhi siasatan kes projek berkenaan.

SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik suspek yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover serta Hyundai Starex dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

‘Datuk Seri’ tersebut direman selama enam hari bermula Rabu lepas sehingga Isnin ini. – BERNAMA

Kategori