Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Gempa Sederhana Di Laut...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di...

Cukuplah Pakatan Rakyat Jadi...

KUALA LUMPUR - "Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS"Demikian tegas Murysidul Am...

M’sia, Indonesia Rancang Perbaharui...

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merancang untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penerangan...

Berek Polis Antara Terjejas...

CAMERON HIGHLANDS - Sebelas rumah termasuk tiga berek polis di Balai Polis Ringlet...

Produk Asas Tani Mampu Ke Pasaran Antarabangsa

TELUK INTAN – Produk industri asas tani keluaran usahawan tempatan dilihat sudah bersedia untuk ke pasaran global dengan pelabelan, pembungkusan serta kualiti produk sudah mencapai piawaian antarabangsa, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya ketika melawat luar negara, produk keluaran tempatan tidak banyak berbeza dengan produk di negara terbabit malah ada yang kualitinya jauh lebih baik.

“Usahawan tempatan sudah bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa dan terdapat banyak peluang pasaran untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jimat Belanja sempena Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa) Zon Utara di Dataran Menara Condong Teluk Intan, di sini hari ini.

Untuk tujuan itu, beliau berkata pihaknya akan membimbing usahawan tani yang berkenaan.

Mengenai ekspo tersebut, Tajuddin berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 25,000 pengunjung ke ekspo dua hari sehingga esok itu yang disertai kira-kira 100 usahawan dengan kebanyakannya adalah wanita.

Program Jimat Belanja Dapur pula yang menawarkan lebih 27 barangan keperluan harian seperti tepung, minyak masak dan gula selain barang basah menyaksikan pengguna boleh berjimat 10 hingga 25 peratus berbanding di pasaran biasa, katanya.

Road to MAHA bertujuan membawa kemeriahan MAHA 2018 kepada rakyat seluruh negara sebelum kemuncak ekspo pertanian terbesar itu berlangsung dari 22 Nov hingga 2 Dis depan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.


Terdahulu, Tajuddin melepaskan 11 kumpulan perakit melibatkan 44 peserta terdiri daripada warga kerja agensi kementerian itu yang akan menghilir Sungai Perak dari Teluk Intan ke Bagan Datuk.

Aktiviti berakit itu dengan jarak keseluruhan sejauh 25 kilometer turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

“Acara berakit ini bertujuan untuk memeriahkan dan mempromosi Road To MAHA,” kata Tajuddin. – BERNAMA

Kategori