• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tiba Di Sydney Untuk Sidang Kemuncak Khas

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini petang ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 pada Sabtu dan Ahad ini.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Kingsford Smith pada 10.48 malam (7.48 malam waktu Malaysia) .

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan beliau disambut Pembantu Menteri kepada Perdana Menteri Australia, James McGrath, Menteri Inovasi dan Pemantapan Kawal Selia New South Wales Matt Kean dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Sudha Devi Vasudevan.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis penutup Persidangan Pencegahan Keganasan pada hari pertama sidang kemuncuk itu Sabtu ini.

Najib adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput berucap pada majlis penutup itu, selain Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

Perdana menteri juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Turnbull pada Sabtu, sebelum sidang kemuncak itu membuka tirainya.

Ini adalah julung kalinya Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak dengan kesemua pemimpin ASEAN.

Sidang kemuncak ini bertujuan membincangkan arah tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia, di samping memperingati peningkatan hubungan kedua-dua pihak ke taraf rakan strategik.

Australia dan ASEAN menjalin hubungan rapat sejak pertubuhan serantau itu lahir pada 1967. Secara berkumpulan, ekonomi ASEAN merupakan antara tiga rakan perdagangan utama Australia, manakala ASEAN dan Australia bekerjasama rapat dalam menangani cabaran bersama yang mendepani rantau ini.

Sidang kemuncak ini menawarkan peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengeratkan lagi kerjasama sedia ada serta meningkatkan keselamatan dan kemakmuran di rantau ini.

Pada sidang kemuncak ini, ASEAN dan Australia juga akan memanfaatkan legasi kerjasama akrab yang wujud antara mereka bagi melahirkan gandingan kontemporari berpandangan jauh untuk menghadapi perubahan pesat dunia.

Kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang baharu dalam bidang ekonomi serta mengeratkan kerjasama dalam memerangi keganasan serta perkara lain yang menjadi ancaman bersama.

Sidang Kemuncak ASEAN-Australia akan mengandungi tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd