Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Perak...

IPOH - Kes denggi di Perak menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga...

Bomba Kesan 13 Lokasi...

YAN - Sebanyak 13 pusat rekreasi di negeri ini dikesan sebagai lokasi berlakunya...

Polis Terengganu Terima MPV,...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima sebanyak 14 buah kereta peronda Polis (MPV)...

Tahap Salah laku Pelajar...

SIK - Tahap salah laku pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah masih...

PM Lancar Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) untuk mencari, mengenal dan membantu 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM Tahun 2013-2017 bagi melanjutkan pengajian di institusi pendidikan dan kemahiran tinggi termasuk Universiti Awam.

Perdana Menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri yang melibatkan 100 sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar untuk menjelajah ke 28 lokasi utama di 92 kawasan Parlimen.

Konvoi itu melibatkan sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kenderaan pelbagai guna.

Konvoi itu akan tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan JBP itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Siri jelajah JBP 2018 akan tamat di Sarawak pada 1 Mei.

JBP 2018 itu merupakan inisiatif cetusan Najib untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk memartabatkan tahap pendidikan anak-anak ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai latar belakang berbeza.

Penaung YDAB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata JBP 2018 mensasarkan untuk menempatkan 65,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM di 37 institusi pendidikan dan kemahiran tinggi serta Universiti Awam.

Beliau berkata siri jelajah yang bermula sejak 2016 itu setakat ini telah membantu dan menempatkan 100,000 pelajar Bumiputera.


“Tujuan kami adalah untuk memastikan pelajar diberi kaunseling supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di kolej, politeknik atau Universiti Awam mengikut kesesuaian dan kelulusan,” katanya.

Sahol Hamid berkata JPB 2018 tidak hanya memberi fokus kepada bidang akademik semata-mata, malah program itu turut memberi peluang kepada anak muda Bumiputera bagi menyertai bidang kemahiran untuk melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai sektor dan bidang yang diperlukan.

“Siri penjelajahan ini merupakan kesinambungan kejayaan program yang telah bermula pada 2016 untuk mempromosikan pendidikan dan menyediakan peluang pengajian bagi golongan yang kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar bumiputera yang kurang bernasib untuk melanjutkan pengajian mereka,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai lokasi siri jelajah ini boleh didapati dengan melayari laman web www.jelajahpendidikan.my atau melayari Facebook, Instagram dan Twitter @JelajahPBofficial. – BERNAMA

Kategori