• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Tok Gajah Singkir Juara Bertahan, Kedah

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

Pada aksi pusingan ketiga di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini, jaringan tunggal pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-45, membantu skuad kendalian Dollah Salleh melangkah ke peringkat lapan terakhir.

Ia pasti menjadi satu kemenangan manis kepada skuad Tok Gajah, selepas tewas 3-2 kepada skuad Hijau Kuning pada perlawanan akhir edisi 2017 di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, jaringan hatrik pemain prolifik muda negara, Safawi Rasid pada minit ke-11, 41 dan 72 membantu juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke suku akhir dengan menewaskan UiTM FC 3-2 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Pasukan universiti itu pula merapatkan jurang menerusi pemain import dari Argentina, Lucas Ramon pada masa kecederaan babak pertama dan Faiz Mohd Bandong pada minit terakhir perlawanan.

Di Stadium Shah Alam, PKNS FC menggunakan peluang beraksi di laman sendiri dengan baik untuk membelasah Kelantan 4-1.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal membuka jaringan menerusi sepakan penalti oleh pemain import dari Columbia, Romel Oswaldo Morales pada minit ke-15, sebelum Mahali Jasuli (min 43), Mohd Safee Mohd Sali (min 60) dan Rafael Ramazotti (min 65) menambahkan keperitan pasukan pelawat.

Jaringan sagu hati skuad ‘The Red Warriors’ dijaringkan oleh pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar yang melengkapkan sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa kedua, selepas bola terkena tangan pemain pertahanan PKNS FC.

Turut melangkah ke suku akhir ialah Perak yang membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium Negeri, Batu Kawan.

Pemain import dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior menjadi wira pasukan skuad ‘Bos Gaurus’ apabila menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-18 dan 78.

Rakan senegaranya, Gilmar Jose Da Silva Filho turut meraih jaringan pada minit ke-75 bagi skuad Semut Merah itu, manakala Pulau Pinang merapatkan jurang menerusi pemain import dari Nigeria, Ugochukwu Ukah pada minit ke-89. – BERNAMA

Tags: Piala FA 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Bergelut Menang Tipis 1-0 Dengan N.Sembilan

03/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi...

9 Pasukan Amatur Beraksi Pada Piala FA 2018

16/01/2018
0

PETALING JAYA - Saingan Piala FA 2018 akan diserikan dengan penyertaan sembilan pasukan amatur yang bakal beraksi buat kali pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd