• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Bergelut Menang Tipis 1-0 Dengan N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
03/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi pusingan kedua Piala FA 2018 malam tadi, ​​​​sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan ketiga saingan berkenaan.

Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar muncul wira skuad Lang Merah apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-119 selepas skuad kendalian Ramon Marcote menemui jalan buntu dalam usaha mendapatkan gol sepanjang tempoh permainan sebenar.

Pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu, barisan pertahanan Negeri Sembilan yang diketuai penjaga golnya, Muhammad Ilham Amirullah Razali wajar diberikan pujian selepas mempamerkan kesungguhan dalam mengekang asakan bertali arus Kedah.

Namun, nasib ternyata tidak berpihak kepada skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu apabila hantaran Andik Vermansah di penghujung babak kedua masa tambahan gagal ditampan kemas pertahanan pasukan pelawat sebelum Baddrol mudah menolak masuk bola untuk memberi kemenangan kepada Kedah.

Mengiringi Kedah ke pusingan ketiga adalah finalis edisi 2016, PKNS FC setelah menundukkan pasukan daripada Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hanelang FC 4-1 di Stadium Shah Alam.

Penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Muhammad Jafri Muhd Firdaus Chew meletakkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal di hadapan seawal minit kesembilan, namun pasukan pelawat pantas menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Munawar Shavukath Ali pada minit ke-12.

Pemain import dari Colombia, Romel Oswaldo Morales Ramirez kembali meletakkan ‘Red Ants’ di hadapan pada minit ke-38 sebelum dua pemain gantian Rafael Ramazotti De Quadros dan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan meledak gol pada minit ke-57 dan 70 untuk mengesahkan kemenangan 4-1 PKNS FC.

Sementara itu, di Stadium UiTM Shah Alam menyaksikan pasukan UiTM FC mudah mengatasi Perlis 3-0 hasil dua jaringan penyerang import dari Ivory Coast Bakary Dao pada minit ke-10 dan ke-60 sebelum pemain gantian Muhammad Asnan Awal Hasim meledak gol ketiga UiTM FC pada minit ke-87.

Pada masa sama, Kelantan di bawah bimbingan ketua jurulatih sementara, Yusri Che Lah turut mencipta kemenangan selepas menewaskan Terengganu City FC 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Gol Kelantan dijaringkan penyerang import Cassio Francisco de Jesus pada minit ke-24 sebelum pemain gantian Shafiq Shaharudin mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-74. – BERNAMA

Tags: Piala FA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala FA: Tok Gajah Singkir Juara Bertahan, Kedah

18/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus...

9 Pasukan Amatur Beraksi Pada Piala FA 2018

16/01/2018
0

PETALING JAYA - Saingan Piala FA 2018 akan diserikan dengan penyertaan sembilan pasukan amatur yang bakal beraksi buat kali pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd