• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kena Tunjuk Sumber Kewangan – Shahidan

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Pakatan Harapan (PH) perlu mengemukakan fakta mengenai sumber kewangan untuk merealisasikan setiap janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang itu, Khamis lepas.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PH mudah menabur janji-janji manis untuk meraih undi rakyat tanpa mengemukakan fakta jelas bagi menyokong tindakan mereka.

“Setakat sembang sesiapa sahaja pun boleh, janji macam-macam, nak cari duit dari mana?… Sebut apa pun kena ada fakta, kalau tidak bohong la,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 400 jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Arau di sini, hari ini.

Katanya, pakatan pembangkang juga dilihat masih gagal melaksanakan pelbagai janji di negeri-negeri yang ditadbir mereka, malah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat misalnya ketiadaan air dan banjir.

Antara intipati manifesto PH sempena PRU14 ialah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapatan bawah RM4,000.

Sementara itu, Shahidan berkata, jentera JR bahagiannya sudah berjaya menemui 100 peratus pengundi di Parlimen itu dan yakin kemenangan akan terus menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang. –

Tags: Datuk Seri Shahidan Kassimpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd